Puasa Hari Asyura Antara Amalan Sunat Yang Digalakkan

Hari ini mesti ramai umat Islam yang tidak akan melepaskan peluang untuk berpuasa sunat sempena Hari Asyura, 10 Muharam, termasuklah saya. Puasa Hari Asyura adalah antara amalan sunat yang sangat digalakkan oleh Rasulullah SAW.

puasa hari asyura


Bila bermulanya puasa sunat hari asyura ini?


Rasulullah SAW menggalakkan umatnya berpuasa pada hari Asyura. Sewaktu Nabi SAW berhijrah ke Madinah, Baginda melihat orang-orang Yahudi berpuasa pada hari Asyura.

Rasulullah SAW bertanya: “Berpuasa apakah kamu ini?”

Jawab mereka: “Hari ini hari besar, pada hari ini Allah menyelamatkan Nabi Musa dan Bani Israil serta menenggelamkan Firaun dengan askar-askarnya. Maka Nabi Musa telah berpuasa sebagai tanda bersyukur kepada Allah kerana itu kami pun berpuasa.

Sabda Nabi SAW: “Kamilah yang lebih berhak mengikut jejak Nabi Musa daripada kamu.” Dari itu Nabi berpuasa dan menyuruh sahabat-sahabatnya berpuasa pada hari itu.” (Riwayat Muslim dan Ibnu Abbas r.a)

Rasulullah SAW juga menyuruh kita berpuasa sehari sebelum hari asyura, pada 9 Muharam untuk tidak menyerupai orang Yahudi yang hanya berpuasa pada hari ini. Bagi yang tidak sempat berpuasa semalam, boleh juga ditambah berpuasa esok harinya pada 11 Muharam.

Kelebihan berpuasa pada bulan Muharam dapat dilihat melalui beberapa hadis Rasulullah SAW antaranya,

Abu Hurairah berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Seutama-utama puasa sesudah setelah puasa Bulan Ramadhan adalah puasa di Bulan Muharram, dan sebaik-baik solat setelah solat fardhu adalah solat (sunat) pada malam hari.” (Hadis Riwayat Imam Muslim)

Semoga ibadah puasa kita pada hari ini diterima Allah...insyaAllah.

#cintaTuRBO11


Stay Healthy.Be Gorgeous...mel
SMS/Whatsapp 019-3058619 / amelza02@yahoo.com

Comments