Mandi Sebelum Subuh, Apa Kelebihannya


Banyak kelebihan mandi di awal pagi ni, iaitu sebelum Subuh. Sejuklah, tak tahan...mandi air panas lah...tak aci mandi dengan air panas ye, hehe...mari saya kongsikan kebaikan mandi air sejuk sebelum Subuh. Bila dah tahu ni mesti sanggup tahan kesejukan air ;)



Dipetik daripada FB Dr Asmadi
 
Menurut kajian sains, kandungan gas ozon pada waktu pagi lebih tinggi dari waktu lain. Gas ozon ini juga amat penting untuk tubuh badan anda. Jika anda mandi sebelum waktu Subuh, ia bukan sahaja membersihkan malah memberikan kesegaran dan manfaat untuk tubuh badan kita. Antaranya ialah:

* Kulit lebih lembut dan halus

Mandi air sejuk dapat mengurangkan lingkaran gelap di bawah mata. Kuku akan menjadi lebih sihat, kuat dan tidak mudah rapuh.

* Melancarkan peredaran darah

Tubuh badan akan menjadi lebih sihat dan bertenaga apabila peredaran darah kita lancar. Kita dapat melakukan aktiviti seharian tanpa rasa letih.

* Meningkatkan kesuburan

Mandi di waktu ini dapat meningkatkan paras hormon testosteron pada lelaki, dan hormon estrogen bagi wanita.

* Mengurangkan risiko darah tinggi

InsyaAllah, jika diamalkan selalu, dapat mengurangkan penyakit darah tinggi yang dialami oleh anda.

* Mengurangkan tekanan serta tenang

Air yang sejuk akan melancarkan kembali peredaran darah setelah lama berbaring ketika tidur. Ini dapat menghilangkan depresi yang dialami.

* Meningkatkan sel darah putih

Mandi dengan air sejuk dapat meningkatkan sel darah putih dalam badan. Apabila sel darah putih banyak, maka daya tahan penyakit akan meningkat dan tubuh badan dapat melawan virus.


Ada juga yang mengatakan mandi sebelum Subuh dapat membantu pembakaran lemak, dan menguruskan badan. So, tunggu apa lagi? Rajin-rajinlah bangun awal sebelum Subuh, mandi ye. Banyak kelebihan dan manfaatnya ;)


Stay Healthy.Be Gorgeous...mel
SMS/Whatsapp 019-3058619 / amelza02@yahoo.com

Comments