Cantik Bak Mawar

Bunga mawar atau bunga ros sinonim dikenali sebagai bunga cinta. Hati mesti berbunga-bunga gembira kalau dapat hadiah surprise jambangan bunga mawar dari si dia kan sebagai tanda cinta, hehe...


Di sebalik keindahan warna dan wangian baunya, bunga mawar juga mempunyai pelbagai manfaat untuk kesihatan dan kecantikan. Dalam dunia kesihatan, bunga mawar dijadikan sebagai ubat untuk mengurangkan kolesterol, mencegah penyakit jantung, meringankan gejala selesema, dan sebagainya.

Bagi tujuan kecantikan pula, bunga mawar sering dijadikan bahan untuk perawatan wajah, kulit, dan rambut. Wow...jom cantik bak mawar...

Menghilangkan jerawat

Air bunga mawar boleh dijadikan pembersih semula jadi yang kaya dengan antioksida untuk membunuh bakteria yang menyebabkan jerawat.

Kesihatan rambut

Bagi mengekalkan kelembapan dan kesihatan rambut, air mawar merupakan bahan penyejuk semula jadi yang mampu memberikan kesan terbaik. Juga mengurangkan masalah kelemumur. Titiskan air mawar pada rambut, dan urut perlahan-lahan.

Rawatan kulit

Air mawar mampu menyeimbangkan pH kulit selain dapat menyeimbangkan penghasilan sebum pada kulit. Sangat bagus untuk mereka yang mengalami masalah kulit berminyak mahupun kulit kering




Stay Healthy.Be Gorgeous...mel
SMS/Whatsapp 019-3058619 / amelza02@yahoo.com

Comments

  1. ayu xsuke bunga
    tapi suke dgn haruman bunga mawar

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo yeke...jarang jumpa perempuan tak suka bunga ni, hehe...

      Delete

Post a Comment