Seriknya Nak Bersalin Lagi Part 2

Assalamualaikum semua...dah baca Part 1? Tak serik pun kan nak bersalin lagi, hehe...masa dalam pantang Esha saya dah start pikir nama anak yang kedua pulak tau...hahaha. Punya lah tak sabar, rasa seronok pulak. Tapi bersalin czer ni doktor and nurse memang pesan kena tunggu baby 2 tahun dulu baru boleh pregnant lagi. Kena ada gap 2 tahun, sebab nak bagi luka di dalam betul-betul baik dulu. So takpelah kan, kita plan nama je dulu...hehe.




Marissa Azzahra

Masa Esha dah umur 1 tahun 8 bulan, saya pregnant yang kedua pulak. Excited okay...hehe. Since dah ada pengalaman first pregnancy dulu, so should be okay la kan. Both pregnancy I had evening sickness. Pagi memang takde masalah, okay je pergi kerja. Tapi bila petang je, mula lah loya, pening, tak larat, dan macam-macam lah simptom ibu mengandung ni saya rasa. Dah lah masa first trimester saya involved dengan event LIMA Langkawi, kena jaga booth Sapura masa tu. Adeh...petang je tak dapat nak join kawan-kawan keluar sight seeing, mandi laut semua...huhu. Terbaring dalam bilik je, sabar jelah...

Before that, during my early stage of pregnancy jugak, baru sebulan pregnant masa tu, seseorang yang sangat menggalakkan saya pregnant lagi, kawan seperjuangan, selalu outstation bersama, tidur sekatil, yang saya dah anggap sebagai kakak, sangat rapat dengan dia, baju-baju pregnant dia yang dia tak muat dah pun dia bagi saya, pergi menghadap Ilahi bersama baby perempuan yang dikandungnya. Beliau meninggal kerana komplikasi ketika bersalin. Tak tahu macam mana nak gambarkan perasaan saya masa dapat berita tu, teramat sedih...satu ofis berdukacita, but kita kena redha dengan apa yang telah ditetapkan oleh Allah. Al-fatihah untuk arwah Rozi Hartini...

So far my pregnancy okay, tapi tiap-tiap bulan masa scan doktor detect uri kat bawah. Mula-mula tak risau pun, tapi bila dah nak masuk third trimester pun still kat bawah lagi. Saya sangat berharap nak bersalin normal, tapi dengan masalah uri di bawah ni macam menipiskan peluang saya nak bersalin normal, huhu. So selepas berfikir panjang, saya tukar hospital. Mula-mula check-up di Hospital Annur dengan Dr Khamsiah, then continue di Hospital Putrajaya. Gynae perempuan dah penuh list dia, so saya dapat gynae lelaki, Dr Azmi. Hmmm...tawakal jelah, apa yang saya utamakan masa tu adalah keselamatan saya dan baby.

My case was described as Placentia Previa Type 2. On my 34 weeks, Dr Azmi said that I have to be admitted at the hospital sampai bersalin sebab kes uri di bawah ni komplikasi dia adalah bleeding yang mana boleh membahayakan nyawa ibu dan bayi. So doktor nak saya rehat je, incase apa-apa jadi dah saya dah ada kat hospital. Waaaa....kena stay kat hospital sampai bersalin?? Lamanya...kerja ofis banyak ni. Esha macam mana pulak, siapa nak jaga. Aduii..macam-macam benda saya kena pikirkan.

Balik ofis jumpa bos, tanya pendapat dia. Alhamdulillah, dia memahami masalah saya, dan izinkan saya bercuti sampai bersalin. But saya still akan bawak laptop ke hospital, so apa-apa hal saya still boleh buat kerja. Okay, setel satu masalah. Next, masalah Esha pulak. Call opah Esha di kampung, boleh tak jaga Esha, fuhh mak saya setuju...leganya. Kebetulan cuti sekolah, so bolehlah mak saya datang ke kl untuk bawak Esha balik kg di Perak. Alhamdulillah....semuanya dipermudahkan.

Bermulalah kehidupan saya di hospital, huhu...macam bosan je nanti. Apa saya nak buat ni...mula-mula dapat bilik 4 orang, sebab bilik lain dah penuh. Takpelah kan, nanti bilik lain kosong saya mintak pindah lah. Makan tidur makan tidur jelah kerja saya, hehe...nak berjalan sangat nurse tak bagi. Nak turun bawah pun kena guna wheelchair, haishhh...rimasnye, Tapi memang sakit pun bila berjalan banyak, sebab baby menekan uri, yang menyebabkan senak di bahagian ari-ari.

Paling jauh saya jalan ke bilik tv jelah. Dapat geng bilik tv, hehe...rata-ratanya masalah sama dengan saya. Tak lama lepas tu saya dapat pindah bilik 2 orang, so privacy lebih sikit. Selepas 2 minggu, doktor bagi date untuk operation, iaitu pada minggu ke 38. Alaaa...lamanya lagi. Apa yang saya buat nak hilangkan bosan, baca majalah, tengok movie kat laptop, sembang dengan geng bilik tv, dan yang paling best kami selalu order Dominos pizza...haha...budak penghantar pizza pun dah kenal kami.

Hospital Putrajaya ni rules dia ketat jugak. Ada waktu melawat yang kita kena follow, and husband tak boleh tunggu lepas bersalin nanti, kecuali bilik single. Ok, my next aim was bilik single...hehe. Kelebihan kami yang stay lama kat hospital ni, nurse bagi kalau kami nak book bilik single bila patient dalam bilik tu dah discharge. So saya jumpa nurse, bagi tahu nak book bilik single. Tapi saya tak nak masuk awal sangat, lagi beberapa hari nak operation baru saya nak pindah. Bukan apa, seram  gak duk sorang-sorang nanti lama-lama...hehe. Nurse pun okay, layan jelah permintaan saya ni...ahaks.

Hari Operation - 18 June 2014

Hospital Putrajaya tak benarkan husband masuk sekali dalam OT, alaaa...tak dapat lah nak ambik gambar macam esha dulu. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar, lahirlah Marissa Azzahra, berat 3.18kg. Saya pun tak kehilangan banyak sangat darah, but hospital still standby darah yang banyak, in case saya tumpah darah during operation. Itu antara risiko kes macam saya ni. After operation saya rasa segar, tak penat, still boleh call sana sini, update fb (hahaha..perkara wajib), macam-macam lagi lah. Sampai kawan saya cakap saya ni tak macam baru lepas operation pulak...haha.





Tapi, semua tu kejap je. Habis je bius, I was in deeply pain!!! Sakit di tempat czer tu, sangat-sangat sakit...ya Allah...saya tak pernah rasa sakit macam tu, masa Esha dulu pun tak rasa macam tu. Rasa macam dihiris-hiris dengan pisau. I was crying and crying...asked my husband to get the doctor. Nurse cakap kena tunggu doktor, doktor tengah busy, wahhhh...lepas tu, doktor datang bagi ubat tahan sakit. Tak jalan gak, still sakit sangat-sangat.

Kawan-kawan yang datang melawat pun nampak macam mana saya menahan sakit. Sampai ke malam saya still sakit, suruh husband bagi tahu nurse lagi. Then dah dekat nak tengah malam, another doktor datang, and bagi saya injection. Saya rasa morfin kut...huhu. Lepas tu memang saya macam "high", haha...mamai, tak berapa nak sedar, rasa sakit tu dah tak rasa dah. Dapatlah saya tidur malam tu, huhu.

Rasa sakit tu membuatkan saya sangat serik ketika tu. Memang rasa cukuplah dua orang ni, tak nak dah. Tak dapat baby boy pun takpe lah...huhu. Sampai sekarang saya kadang-kadang still rasa ngilu, and membuatkan saya sedikit trauma. Kalau kawan-kawan mengusik suruh tambah lagi satu, saya senyum jelah...hahaha. Tak sanggup pulak rasanya nak mengalami rasa sakit tu lagi. Zahra pun dah 2 tahun sekarang, tapi kesakitan tu macam baru je lagi saya rasa.

Memang teringin nak baby lagi, rasa keseronokan mengandung, anak kan rezeki, tapi tunggulah beberapa tahun lagi ye...bila rasa trauma tu dah hilang...hahaha.

Stay Healthy.Be Gorgeous...mel
SMS/Whatsapp 019-3058619 / amelza02@yahoo.com

Comments

  1. betul tu Mel, perasaan nak mengandung lagi memang sangat mengujakan tapi kita kena juga la pertimbangkan kesihatan dan kesediaan tubuh badan kita. jom pakat pulun consume shaklee. pastu kita jemaah mengandung dan beranak. heh

    ReplyDelete
  2. Masa ank sulong sue kena czer. Sue kena sakit kepala mcm nk pecah kepala. Mak mertua kata sbb bius x habis lg.

    Mmg sakit la. Tambahan lg cuaca panas,mmg tgh musim kemarau waktu tu.

    Alhamdulillah ada hubby tlg tuam dgn kain basah.

    Mmg betul sekali sekala rasa ngilu kt tmpt pembedahan tu kan.

    ReplyDelete

Post a Comment