Seriknya Nak Bersalin Lagi Part 1

Bila sebut mengenai bersalin, macam-macam cerita yang boleh kita dengar. Ada yang seronok, ada yang sedih, ada yang mengerikan juga. Tapi walau seteruk mana pun pengalaman masing-masing, pasti akan menjadi kenangan yang sukar untuk kita lupakan. Nanti bila anak-anak dah besar, seronok lah nak cerita dekat mereka balik. Nak pulak time mereka nakal-nakal tu kan...bolehlah buat ayat sedih sikit, hehe.

Pengalaman bersalin saya memang berbeza untuk kedua-dua my girls. Yang sama saya kena bersalin secara Cesarean. Hasrat di hati untuk bersalin normal terpaksa dilupakan. Apa yang penting mereka selamat lahir. Mendengar tangisan pertama mereka adalah pengalaman yang paling berharga, sukar nak gambarkan perasaan ketika tu. Untuk Part 1 ni saya cerita mengenai Esha dulu lah ye.

Maryam Aneesa


Esha - Tenang je tengok dia tidur
Hari terakhir check-up di Hospital Annur Bangi dengan Dr Fatimah, lagi 4 hari nak due date, masa scan doktor detect uri saya dah matang. Bila doktor check bukaan pula, dah 1cm. Doktor bagi pilihan, nak balik dulu tunggu atau terus dimasukkan ke wad untuk induce. Banyak benda bermain di fikiran saya ketika itu, nak tunggu atau nak induce. Akhirnya saya pilih untuk induce, disebabkan beberapa faktor. Faktor paling utama adalah keadaan kesihatan arwah abah yang tidak baik pada ketika itu.

Day 1 - Induce yang pertama

Sakitnya jangan cakaplah...nak baring sakit, diri sakit, serba tak kena lah. Memang sakit induce ni, rasa nak tercabut pinggang, kaki, semua. Nurse datang tanya, nak pain killer tak? Tanpa berlengah lagi, ye...nak....huhu. Hilang terus rasa sakit tu. Bila Dr Fatimah datang check bukaan, hampa...still 1cm.

Day 2 - Induce yang kedua dan ketiga

Induce kedua oleh Dr Khamsiah pula sebab Dr Fatimah pergi buat umrah. Kali ni saya tak nak ambil pain killer, tahan jela sakit tu. Saya buat aktiviti naik turun tangga, jalan-jalan sekitar wad. Baca petua kat internet, cara nak cepatkan bersalin. Minum air kembang fatimah jugak. Berdoa banyak-banyak...cepatlah terbuka jalan. Datang Dr Khamsiah check bukaan, 1.5cm....aaaaaahhhh, 0.5cm je tambah?? Stress sangat time tu...huhu...sabar Mel...jangan stress stress, tak elok untuk baby dalam perut ye.

Petangnya induce yang ketiga Dr Khamsiah cuba nak masukkan ubat induce tu ke dalam pintu rahim. Supaya cepat sikit bukaan.Wahhh...sakitnya ya Allah. Tak berjaya pun nak masukkan ubat kat pintu rahim, sebab jauh sangat ke dalam. Dr Khamsiah pun buat teknik membuka pintu rahim (tak ingat nama teknik tu), pun sangatlah sakit. Huhu...

Day 3 - Operation Day

Pagi jumaat, 19 March 2010...Dr Khamsiah check bukaan, still 1.5cm. Hampa...Doktor tanya nak teruskan induce yang ke-4 tak? Dia kata limit sampai 4 kali je induce, kalau tak jalan juga kena operate lah. Saya dah tersangat letih, 3 hari dah duduk kat hospital, kat bawah tu pun sakit dah, asyik kena seluk je...huhu. After discuss dengan mak dan husband, kami decide untuk terus operate lah, tak nak induce lagi. Tengahari masa orang sembahyang jumaat, lahir lah my first baby girl...Maryam Aneesa, 3.45kg. Ambik kau, besar okay...semua nurse cakap, patutlah mak dia kena belah, besar haaa kepala dia, hahaha. My husband boleh masuk OT, Dr Khamsiah bagi ambil gambar lagi tau, video je tak boleh. Bila dengar je suara Esha nangis, hilang terus rasa sakit selama 3 hari tu, rasa nervous first time kena bedah tu, hilang semua. Syukur, gembira, semuanya selamat.

Esha - Fresh from the oven

Serik tak rasanya? Masa ni tak serik lagi. Semua kesakitan dan cabaran tu menjadi kenangan manis pada saya. Sakit selepas habis bius tu tak teruk sangat. Just sakit kat ari-ari lepas tiub kencing dicabut. Rupanya pundi kencing dah penuh tapi tak rasa nak kencing pun. Nurse suruh duduk kat toilet, pasang air, bagi kita rasa nak kencing. Betul lah, tak lama je pastu terus dapat buang air kecil. Sakit kat ari-ari pun dah takde. Alhamdulillah...Pengalaman bersalin my second baby girl lain pulak. Lagi mencabar...tu kena tunggu my next entry ye.

Stay Healthy.Be Gorgeous...mel
SMS/Whatsapp 019-3058619 / amelza02@yahoo.com

Comments

  1. Jangan serik dan jangan insaf.hehe let's go for no 3!

    ReplyDelete
  2. anak sulong sue czer jg, anak no 2 & 3 alhamdulillah normal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah...rezeki dpt normal kan...bestnya..teringin sgt nak rasa bersalin normal tu...sakit time tu je kan, pastu x sakit dah, huhu

      Delete
  3. Jangan serik! Go! Go! Go for a boy this time :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. uhuk uhuk uhuk...hahaha...tggu fara dpt baby girl dulu la ;p

      Delete
  4. dgr je induce mmg serammm!! anak 1st kena induce sbb dah leaking..sakitnya mak aiii, mcm dh nk beranak sgt2 dah..bila cek br 3cm..tak tahan sgt, epidural laa apa lg..hihi..anak 2nd plak, masa checkup 38w, doc sj nk cek laluan..sekali dah bk 4cm..uih, senang laa plak..dan masih tak rasa sakit pape..bila dah 7cm br start rs sakit..huhu..lain anak lain pengalamannya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan...selalunya anak first yg sakit sgt, sbb nk bukak jln utk adik2 yg lain..huhu

      Delete
  5. adoiii takutnya bila baca ni.. pengalaman saya bersalin dulu kira agak mudah jugaklaaajadi bila plan nak anak seterusnya ni rasa mcm iskkkkk boleh keee hihi
    apa2 pun pengalaman menarik ni Mel, wajib guna buat ayat sedih kalau Esha degil ok hihi

    ReplyDelete
  6. anak 1st memang sakit sikit sebab jalan takde lagi..ok,tak boleh serik!!lepas ni kene rasa keseronokan baby boy plak:-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tgk member2 yg ada anak laki lagi la seriau rasa...haha..lasak bkn main lg

      Delete

Post a Comment