Sayang Jantung? CoQHealth Plus Dapat Membantu

Pembunuh nombor 1 di Malaysia adalah serangan sakit jantung. Bila kita dengar je pasal heart attack ni, kita mesti akan terfikir bahawa penyakit ni menyerang orang tua je kan? Sebenarnya, serangan sakit jantung tidak mengenal usia. Ramai yang masih di awal 30 an mendapat serangan sakit jantung sehingga membawa maut, dan lelaki adalah di antara golongan yang berisiko tinggi. Tapi ini tidak bermakna golongan wanita terkecuali dari terkena serangan sakit jantung ini.

Punca Utama Penyakit Jantung

  • Tekanan darah tinggi - akan menyebabkan peningkatan tekanan terhadap dinding arteri. Arteri berperanan membawa darah beroksigen ke otot jantung. Sekiranya jantung tidak mendapat cukup oksigen, sakit dada boleh berlaku. Jika aliran udara tersekat, serangan jantung terjadi.
  • Kolesterol yang tinggi - pembentukan plak oleh lemak-lemak kolesterol di pembuluh darah akan mengganggu aliran darah normal untuk tubuh dan menyebabkan kegagalan jantung untuk berfungsi.
  • Stress - tekanan atau stress yang berterusan akan menyebabkan jantung bekerja dengan lebih kuat, dan pengeluaran hormon adrenalin yang banyak akan menyempitkan pembuluh darah jantung, jantung berdegup dengan lebih kencang sehingga mengganggu bekalan darah ke jantung.
  • Gaya hidup yang tidak sihat - merokok, pengambilan alkohol, kurang bersenam, mengamalkan diet yang tidak sihat, dan tidur yang tidak teratur.
Kaitan Coenzyme Q10 dengan Jantung

Coenzyme Q10 atau CoQ10 boleh didapati di dalam setiap sel dalam badan. Badan kita menghasilkan CoQ10, dan digunakan oleh sel untuk menghasilkan tenaga yang diperlukan oleh badan untuk perkembangan dan pemuliharaan sel. Juga bertindak sebagai antioksidan, yang melindungi badan kita daripada kerosakan oleh molekul-molekul berbahaya. Semakin meningkat usia kita, semakin kurang CoQ10 ini dihasilkan oleh badan. Kita boleh memperolehi CoQ10 ini daripada makanan-makanan seperti hati, paru, daging, minyak soya, ikan sardin, mackerel, kekacang dan banyak lagi. CoQ10 dapat melindungi jantung kita, dengan;
  • menghasilkan tenaga dalam sel otot jantung yang dapat meningkatkan kekuatan jantung untuk mengepam darah ke seluruh badan
  • melindungi arteri daripada pengoksidaan LDL (low-density lipoprotein) atau dipanggil sebagai kolesterol jahat yang boleh menyebabkan saluran darah tersumbat
  • mengurangkan simptom sesak nafas
Shaklee CoQHealth Plus


  • CoQHealth Plus dari Shaklee ini mengandungi CoQ10 sebagai kandungan utama, Vitamin E, & Ekstrak Teh Hijau.
  • Kombinasi CoQ10 dan vitamin E dipercayai untuk mengukuhkan keupayaan anti-oksidan di dalam vitamin E kerana CoQ10 membantu mengitar dan menjana semula vitamin E, untuk memberikan perlindungan anti-oksidan berterusan terhadap sel-sel tubuh.
  • Ekstrak teh hijau mengandungi procyanidins yang dapat membantu menyokong kesihatan endothelium, iaitu lapisan tisu di antara kapilari darah dan jantung. Teh hijau juga dapat membantu meningkatkan pembakaran kalori dan lemak dalam badan.
Selain baik untuk kesihatan jantung, CoQHealth Plus ini juga dapat meningkatkan stamina badan, mengurangkan keletihan, meningkatkan kesuburan, dan menjadikan kulit lebih berseri-seri. Ada testimoni dari seorang pengguna CoQHealth Plus Shaklee, ayat dia..."sejam dua kali, bro"...hehe, nak tahu apa makna dia? Kita sembang dalam fon saja lah...ahaks.

Nak order online terus pun boleh. Klik link di bawah ni, dan ikut langkah seterusnya. Sangat mudah ye, dan semestinya selamat. Tak nak semua supplement yang disyorkan pun boleh, pilih saja yang mana satu mengikut bajet anda.
Order Online - Set Jantung Sihat Shaklee

Stay Healthy.Be Gorgeous...mel
SMS/Whatsapp 019-3058619 / amelza02@yahoo.com

Comments