Petua Mencari Rezeki, Contohi Kanak-Kanak Di Indonesia

Satu benda kekmel belajar dari masyarakat di Medan semasa bercuti ke sana baru-baru ni adalah dalam mencari rezeki kita tak boleh malu dan kena lah kreatif jugak tau. Ini petua mencari rezeki yang patut kita contohi.

Kanak-kanak seawal umur 8-10 tahun dah pandai cari duit. Kita masa umur macam ni tak pikir pasal nak cari duit pun kan, harap duit parents je. Even ada yang dah tua bangka pun mengharapkan duit dari parents lagi.

petua mencari rezeki

Mereka sanggup menyanyi untuk menghiburkan hati pelancong yang datang, bukan terus minta sedekah. Awal-awal pagi mereka dah menanti untuk sama-sama naik feri pelancong di Danau Toba. Kemudian mendendangkan lagu-lagu tempatan, ada jugak kami request lagu Malaysia, tapi mereka tak tahu, hehe. Kalau kat Malaysia ni ala-ala geng buskers lah kan, tapi di sini buskers cilik.

Lagi satu yang kekmel perhatikan, di tepi-tepi jalan kekmel nampak ada kanak-kanak yang pegang botol berisi air yang berbuih, sambil tunjuk botol tu kat pemandu lori yang lalu di jalan tu. Bila kekmel tanya tour guide apa yang ada dalam botol tu, dia bagi tau itu sabun untuk cuci cermin depan lori.

Lori di sana takde yang air pancut untuk cuci cermin macam kereta biasa tu, so kanak-kanak ni jual lah air sabun kepada pemandu-pemandu lori yang lalu di jalan tu. Jalan di situ agak berdebu.

Nampak tak kreatifnya budak-budak di sana cari duit 😅

Mungkin kita patut bersyukur sebab ekonomi kita di Malaysia ni tak seteruk di sana. Kanak-kanak tak perlu pikir pun untuk cari duit, parents suruh belajar je. Tu yang umur 3 tahun pun parents dah kalut kalau tak pandai baca lagi 😝

Tapi kita patut contohi cara mereka berfikir dalam mencari rezeki. Apa saja peluang yang ada, kita patut ambik peluang tu. Tak perlu malu atau risau apa yang orang akan fikir. Kalau malu kita yang rugi nanti.



Stay Healthy.Be Gorgeous...mel
SMS/Whatsapp 019-3058619 / amelza02@yahoo.com

Comments