Tempat Solat Di Seoul Ketika Travel Ke Sana

Saya baru pulang daripada bercuti bersama family ke Seoul, Korea. Salah satu cabaran bila travel ke negara yang majoriti penduduknya bukan beragama Islam adalah untuk mencari tempat solat. So sebelum ke sana, kita kena lah survey dulu surau atau prayer room yang boleh digunakan untuk solat masa jalan-jalan nanti.

Di sini saya senaraikan tempat solat di Seoul yang kami dah singgah sepanjang di sana.


1. Kampungku Restaurant, Myeongdong

tempat solat di Seoul

tempat solat di Seoul

Restaurant halal ni ada menyediakan sekali kemudahan surau untuk pengunjung mereka. So lepas makan tu boleh la naik ke tingkat paling atas untuk solat. Sebelah tu pulak ada halal mart, boleh shopping kimchi halal 😊

Gambar surau saya tak dapat nak ambik sebab ramai sangat orang masa tu, bersesak la sikit.

Direction: Naik subway ke Myeongdong Station, exit 2


2. Seoul Mosque, Itaewon

tempat solat di Seoul

Di kawasan Itaewon ada masjid terbesar di situ. Makanan halal pun banyak, memang menjadi tumpuan utama rakyat Malaysia bila ke Seoul.

Kalau ke sana, wajib makan teobokki halal di Manis Kitchen tau. Sedap sangat! Saya siap tapau bawak balik makan di homestay.

Direction: Naik subway ke Itaewon Station, exit 3


3. COEX Mall

tempat solat di Seoul

Tarikan utama di COEX Mall adalah COEX Aquarium, merupakan salah satu daripada akuarium terbesar di Korea Selatan.

So kalau nak solat, boleh ke tingkat 3 di dalam COEX Mall, ada Prayer Room berhampiran dengan Hall E.

Direction: Naik subway ke Bonguensa Station, exit 7


4. Lotte World Adventure

tempat solat di Seoul

Lotte World merupakan indoor theme park yang famous di Seoul. Terima kasih kepada pihak pengurusan yang turut menyediakan surau untuk kita yang beragama Islam.

Terletak di tingkat 3 dalam kawasan theme park itu sendiri. So tak perlu keluar daripada theme park untuk solat.

Direction: Naik subway ke Jamsil Station, exit 2-1


5. Nami Island

tempat solat di Seoul

Satu lagi tarikan utama berhampiran dengan Seoul adalah Pulau Nami, tak sah kalau tak ke sini. Nak solat pun tak jadi masalah sebab ada surau disediakan bersebelahan dengan Asian Cuisine Restaurant. Restaurant ni pun menyediakan makanan halal untuk orang Islam.

___________________

Actually ada banyak lagi tempat solat disediakan oleh kerajaan Korea untuk orang Islam di sekitar Seoul. Saya hanya tunjukkan tempat yang saya dah pergi sebagai rujukan kita semua.

Islam itu indah dan mudah, bukan alasan untuk ponteng solat bila travel ke negara orang tau 😉



Stay Healthy.Be Gorgeous...mel
SMS/Whatsapp 019-3058619 / amelza02@yahoo.com

Comments

Popular Posts