Cara Buka Akaun SSPN Secara Online


Antara tabung simpanan yang menjadi pilihan ibubapa adalah SSPN (Skim Simpanan Pendidikan Nasional). Selain memudahkan anak-anak kita membuat pinjaman PTPTN di kemudian hari, kebaikan utama SSPN adalah di mana kita boleh buat tolakan income tax.

Sekarang ni dah ada SSPN-i Plus yang membolehkan kita membuka akaun SSPN secara online dan juga membuat deposit secara online. So untuk parents yang selalu busy dan takde masa nak ke kaunter, boleh lah buat online je.

Kekmel share step-step pada setiap gambar di bawah. Semoga bermanfaat 😊

1. Pergi ke website www.sspniplusonline.ptptn.gov.my, dan klik Pembukaan Akaun. Bagi yang nak tambah deposit, klik Penambahan Deposit.

buka akaun sspn secara online


2. Setiap pembukaan akaun yang baru mesti buat deposit pembayaran minimum 2 bulan.

buka akaun sspn secara online


3. Pilih akaun dibuka untuk siapa, sama ada anak atau diri sendiri. Isikan details yang lain.

buka akaun sspn secara online



4. Pilih pakej yang kita nak. Pakej paling rendah ialah Pakej Intan, RM30 sebulan.

buka akaun sspn secara online


5. Masukkan maklumat pendeposit.

buka akaun sspn secara online


6. Masukkan maklumat anak anda.

buka akaun sspn secara online


7. Masukkan amaun bayaran, minimum 2 bulan. Kalau anda buat bayaran untuk lebih dari 6 bulan, tak perlu dah buat kaedah potongan gaji atau auto debit. Kalau kurang dari tu, wajib pilih kaedah potongan.

buka akaun sspn secara online


8. Klik close pada message yang tertera untuk teruskan proses.

buka akaun sspn secara online


9. Boleh pilih samada kaedah potongan secara potongan gaji atau pun auto debit. Ni hanya wajib untuk yang membuat amaun bayaran kurang dari 6 bulan.

buka akaun sspn secara online


10. Semak dan sahkan maklumat anda.

buka akaun sspn secara online


11. Setuju dengan setiap akad, terma dan syarat. Kemudian klik untuk membuat pembayaran.

buka akaun sspn secara online


12. Boleh pilih untuk membuat bayaran menggunakan online banking atau kad kredit/debit.

buka akaun sspn secara online

Selesai 😉



Stay Healthy.Be Gorgeous...mel
SMS/Whatsapp 019-3058619 / amelza02@yahoo.com

Comments