Travel Membuka Minda, Menjadikan Kita Insan Lebih Bersyukur


“Segala yang empat kaki mereka makan, kecuali meja dan kerusi”

Ini ayat yang tour guide kekmel, Pak Arman, bagi tahu masa family trip kekmel bulan lepas. Masa tu kami melalui kawasan perkampungan dari Parapat menuju ke Brastagi.

Memang sengaja dia bawak kami melalui kawasan kampung dan jalan dalam, bagi kami tengok keadaan masyarakat di situ yang merupakan suku kaum Batak.

Apa maksud Pak Arman tadi tu? Maksudnya mereka di situ makan segala jenis haiwan. Mereka pelihara anjing, tapi mereka makan jugak anjing. Kekmel lihat sendiri dengan mata kekmel mereka tengah salai seekor anjing 😅. Sepanjang jalan ada je signboard B1, B2 panggang. B1 untuk anjing, B2 untuk khinzir.

Gambar hasil carian google sebab time tu dah pening lalat tengok banyak sangat B1, B2. Tak larat nak snap gambar 😅

Tetapi, dalam sederetan rumah di situ, tetap terselit satu surau. Walaupun majoriti penduduknya adalah beragama Kristian.

Mereka masih boleh berkompromi, mengamalkan fahaman agama masing-masing tanpa ada masalah.
Takde pulak yang muslim serang mereka yang salai anjing tu, dan takde pulak yang bukan muslim baling najis atau kepala khinzir ke surau di situ.

Hidup bermasyarakat kena sentiasa ada tolak ansur, walaupun jelas berbeza kepercayaan. Islam itu kan indah 😊

Bila kita pergi ke negara orang, mata dan minda kita akan lebih terbuka. Banyak benda kita boleh belajar dan jadikan pengajaran. Selain itu ia juga boleh menjadikan kita insan yang lebih bersyukur kerana merasakan betapa bertuahnya kita tinggal di bumi Malaysia. Jangan pulak pergi travel sekadar makan angin, shopping, lepas tu balik Malaysia kosong je. Rugi sangat macam tu.

Next travel kekmel ke Jepun pulak insyaAllah lagi 2 bulan. Tak sabar nak tengok budaya dan peradaban masyarakat di sana pulak 😍



Stay Healthy.Be Gorgeous...mel
SMS/Whatsapp 019-3058619 / amelza02@yahoo.com

Comments