Omega-3 Untuk Kecerdasan Minda Dan Kesihatan Otak


Korang tahu tak, hampir 60% lemak di dalam otak adalah padat dengan asid lemak Omega-3? Omega-3 memainkan peranan penting untuk memastikan minda kita berfungsi seperti bilik kawalan 24 jam.


Meningkatkan prestasi mental

Pengambilan Omega-3 menunjukkan:
  • kesan positif terhadap pemikiran, memori, dan tumpuan pemerhatian.
  • menyokong pembelajaran yang optimum dan kemampuan membaca.
  • meningkatkan penghantaran isyarat antara saraf otak untuk fungsi memori yang optimum.


Memperbaiki mood secara positif

Penyelidikan telah menunjukkan bahawa peningkatan pengambilan EPA dan DHA, boleh meningkatkan kepadatan saraf otak yang mengawal mood dan emosi. Sebagai elemen yang penting untuk minda yang ceria, Omega-3 membantu;
  • membangkitkan mood.
  • meningkatkan kesejahteraan emosi secara keseluruhan. 



Mengekalkan fungsi kognitif yang sihat untuk golongan lanjut usia

Dengan peningkatan usia, ia menyebabkan penurunan penyerapan nutrien, memberi kesan kepada penggunaan DHA otak dan prestasi mental. Alami penuaan yang sihat melalui pengambilan Omega-3 secara teratur untuk;
  • merendahkan risiko penurunan kognitif.
  • menggalakkan dan mengekalkan fungsi otak yang normal, terutamanya kognitif dan memori.
  • mengurangkan risiko gejala-gejala yang berkaitan dengan kemerosotan awal kognitif seperti Alzheimer dan Dementia.
  • menggalakkan saraf otak yang sihat dan penghantaran isyarat yang optimum.


Menggalakkan perkembangan otak yang sihat pada bayi semasa tempoh kehamilan dan awal kelahiran


Omega-3 khususnya DHA, merupakan salah satu elemen penting untuk otak. Oleh itu, pengambilan Omega-3 yang konsisten bermula dari kehamilan adalah sangat penting kerana ia;
  • menyokong perkembangan sel otak janin yang sihat, terutamanya pada trimester ketiga.
  • menyokong kemahiran menyelesaikan masalah yang kebih baik di kalangan bayi.
  • meningkatkan koordinasi tangan-mata serta kepintaran kanak-kanak.
  • meningkatkan tumpuan pemerhatian di kalangan bayi dan kanak-kanak.
  • menyokong perkembangan sistem saraf, persepsi, kognitif, dan saraf motor semasa pertumbuhan otak.

Dengan kecenderungan masalah mental di kalangan golongan muda sekarang ini, amatlah penting untuk kita menjaga kesihatan dan kecerdasan minda kita. Amalkan pengambilan Omega-3 dari sekarang.


Bulan ni Omega Guard Shaklee yang kaya dengan Omega-3 ada promosi tau. Beli 3 botol dapat 5% diskaun! Boleh klik link di bawah untuk pembelian secara kad/debit kad.
Beli Promo Omega Online


Sebarang pertanyaan jangan segan silu nak tanya saya ye 😉



Stay Healthy.Be Gorgeous...mel
SMS/Whatsapp 019-3058619 / amelza02@yahoo.com

Comments