Berpantang Dengan Jamu Atau Supplement

Nak berpantang dengan jamu atau supplement? Mana satu pilihan anda?

berpantang dengan jamu

Pengalaman kekmel sendiri 2 kali berpantang dengan jamu. So tak tau nak compare sebab takde pengalaman lagi berpantang dengan supplement sahaja.

Tapi kawan-kawan kekmel yang berpantang dengan supplement rata-ratanya bagi feedback yang badan mereka jadi lebih bertenaga. Ada yang berpantang sendiri so mereka masih mampu buat kerja-kerja rumah.

Selain daripada tu, luka bersalin pun cepat kering. Badan rasa segar je. Susu badan pun melimpah ruah.

Jom baca kisah cikSu ni....
____________________________________________________

Pengalaman cikSu berpantang dulu, masa anak pertama dulu cikSu berpantang dengan jamu... Anak kedua pulak cikSu amik suplemen, Apa bezanya? Ha ni lah cikSu nak kongsikan ni...

Berdasarkan pengalaman cikSu lah ni ye, mungkin berbeza dengan orang lain kan... Masa berpantang anak pertama dulu, cikSu guna jamu kan... Luka bersalin cikSu lambat sikit nak baik, sedangkan cikSu bersalin normal...Time anak yang kedua, alhamdulillah... Cepat baik luka cikSu walaupun bersalin czer, itulah perbezaan yang cikSu dapat...😇

Seterusnya, yang cikSu nampak lah kan... Kalau kita makan jamu, kita nak kene tunggu 2-3 minggu dulu kan baru boleh makan... Nak elakkan anak kena kuning katanya, takut panas... Tapi kalau kita guna suplemen, sejurus lepas bersalin tu dah boleh amik... Tak risau pun tentang kuning anaknya, sebab suplemen tak panas... 😍
____________________________________________________


Bagi kekmel, tak kira lah cara mana yang kita pilih, yang penting sekali kena pastikan ia mampu memulihkan semula dalaman kita.

Nak pilih jamu pun pastikan jamu yang selamat, jangan sebarangan jamu. Lagi bagus kalau buat sendiri, rebus akar-akar kayu dan herba-herba.

Nak gantikan dengan supplement pun tak salah. Apa yang penting keserasian badan masing-masing. Dan jangan salah pilih supplement ye. Okay, dah alang-alang dok cakap tentang supplement ni kan, kalau korang nak pilih supplement seeloknya pilihlah Shaklee. Sebab apa? Shaklee ni supplement semulajadi, bukan sintetik. Berhati-hati ye korang. Kat luar sana banyak sangat supplement yang sintetik ni, nanti kesan jangkamasa panjang tu korang tak tahu 😊


Perbezaan utama diantara supplement Shaklee dan jamu

🌿 BAHAN KANDUNGAN

Shaklee: Setiap bahan yang digunakan bagi supplement Shaklee dipantau serta melalui ujian klinikal untuk mengetahui kesannnya kepada manusia. Malah, setiap supplement Shaklee yang dijual di Malaysia turut mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Jamu: Ada di antara bahan di dalam jamu tidak kita ketahui daripada mana sumbernya terutama jamu kampung malah kesan untuk jangka panjang juga tidak dapat dikenalpasti, kecuali jamu yang kita buat sendiri lah kan. Pasti kita tahu sumber bahannya tu, sebab kita sendiri yang buat.



🌿 KHASIAT & PENYERAPAN

Shaklee: Vitaminnya merupakan macronutrient dan micronutrient iaitu bentuk paling ringkas dan badan mengenalinya untuk penyerapan khasiat yang lebih cepat. Sebagai contoh, diantara buah oren dan pil vitamin C, badan akan menyerap pil vitamin C lebih cepat berbanding vitamin C di dalam buah oren.

Jamu: Ia juga mempunyai khasiat, tapi bentuknya kompleks dan perlu menguraikannya kepada bentuk yang boleh diserap oleh badan terlebih dahulu. Jadi, mengambil masa untuk badan menyerap khasiat tersebut.


🌿 KEPERLUAN BADAN IBU & BAYI

Shaklee: Memenuhi keperluan nutrisi yang diperlukan oleh ibu dan bayi untuk kesihatan, sistem imun, perkembangan fizikal dan otak melalui penyusuan. Ia juga dapat membantu pengeluaran susu ibu menjadi lebih produktif.

Jamu: Ia tidak dapat memberi apa-apa manfaat kepada bayi, malah ia boleh mengundang kuning bayi menjadi lebih tinggi. Malah, tidak dapat membantu menghasilkan susu ibu kerana akan menyebabkan susu ibu semakin berkurangan.


🌿 KESAN KEPADA BAYI

Shaklee: Bahannya tidak membahayakan bayi malah dapat membantu pertumbuhan bayi yang sihat dengan bekalan nutrisi melalui penyusuan susu ibu. Ibu juga masih boleh meneruskan pengambilan supplement walaupun bayi masih mengalami kuning.

Jamu: Ia adalah bahan makanan yang panas, jadi ibu perlu memantau keadaan bayi sama ada mengalami cirit birit atau tidak. Bahkan, kebanyakan doktor tidak membenarkan ibu untuk meneruskan pengambilan jamu jika ia membawa kesan kepada bayi terutamanya yang boleh meningkatkan risiko kuning bayi.


🌿 WAKTU PENGAMBILAN

Shaklee: Pengambilan supplement boleh bermula daripada hari pertama bersalin sama ada ibu bersalin secara normal atau czer.

Jamu: Kebiasaannya, pengambilan jamu selepas bersalin hanya boleh dimulakan pada minggu kedua selepas bersalin bagi memastikan bayi sudah tiada kuning. Bayi yang mengalami masalah kuning yang berpanjangan/ kuning sebab penyusuan, ibunya dinasihatkan untuk tidak mengambil jamu sama sekali.


Pilihan ditangan korang, terpulang pada diri sendiri nak prefer yang mana. Nak amalkan dua-dua sekali pun boleh juga tapi kena ada selang masa yang sesuai di antara pengambilan supplement dan jamu. Walaupun ambil supplement, kaedah berpantang tradisi jangan dilupakan, seperti berurut, bertungku, berbarut dan lain-lain lagi.

Nak tau set berpantang Shaklee yang sesuai, pm tepi k



Stay Healthy.Be Gorgeous...mel
SMS/Whatsapp 019-3058619 / amelza02@yahoo.com

Comments