6 Jenis Makanan Untuk Ibu Hamil

makanan untuk ibu hamil

"Orang mengandung kena makan untuk 2 orang."

Yelah tu...tak betul ye fakta tu. Mitos je tu. Tak pasal-pasal dapat penyakit lain pulak nanti. Makanan untuk ibu hamil bukan diukur daripada banyaknya makanan yang dimakan. Tapi kualiti makanan yang perlu dijaga dan ditambah, bukannya digandakan kuantiti.

Kekmel nak share 6 jenis makanan untuk ibu hamil aka makyong-makyong semua, semestinya yang berkhasiat dan penting untuk baby dalam kandungan.


makanan untuk ibu hamil

1. Sayur-sayuran

Semasa trimester awal kehamilan memang ramai ibu hamil akan mengalami gejala loya dan muntah-muntah ataupun dipanggil sebagai morning sickness. So kena banyakkan pengambilan sayuran berdaun hijau kerana ia kaya dengan pelbagai zat untuk ibu dan bayi.

Sayur-sayuran dapat membantu mengurangkan rasa mual dan sangat kaya dengan vitamin & zat besi yang diperlukan untuk pembentukan hemoglobin dalam badan.


2. Produk tenusu

Semua produk yang diperbuat dari susu kaya dengan protein untuk kegunaan ibu hamil. Sangat penting untuk memastikan bekalan protein dan kalsium yang tinggi semasa mengandung cukup untuk keperluan seharian.

Antara fungsi protein dari produk tenusu semasa hamil ialah
- pembinaan jaringan sel bayi
- memulihkan jaringan yang rosak
- untuk membina otot

Selain protein, kalsium yang banyak boleh diperolehi daripada hasil tenusu.

Bekalan kalsium yang mencukupi semasa hamil sangat penting untuk
- pertumbuhan tulang bayi dalam kandungan
- mengelakkan tulang ibu mereput (osteoporosis) kerana bayi mengambil dari ibunya

Antara produk tenusu yang baik untuk di makan semasa hamil adalah seperti keju, yogurt, susu.


3. Buah-buahan

Ibu hamil yang tengah morning sickness tu boleh lah amalkan buah-buahan kerana ia membantu meningkatkan stamina dan membekalkan tenaga kepada ibu mengandung.

Buah-buahan kaya dengan vitamin yang dapat mengurangkan loya dan alahan hamil, mineral dan membekalkan serat yang juga membantu untuk lebih lawas, sekaligus mencegah sembelit.

Apabila badan cukup vitamin dan mineral, ibu mengandung dan anak dalam kandungan akan lebih kuat dan kebal dari penyakit.


4. Bijirin

Ambil makanan berasaskan bijirin setiap hari sebagai amalan yang baik untuk ibu hamil. Tetapi, semak juga kandungan gula didalam makanan tersebut untuk mengelakkan pengambilan gula yang berlebihan. Sumber bijirin yang lebih baik untuk sajian ibu mengandung adalah roti bijirin yang berserat penuh (wholemeal bread).

Ambil bijirin yang mempunyai indeks glisemik yang rendah. Ini kerana ia lebih lambat diserap dan tidak akan meninggikan paras gula dalam darah dengan mendadak.

Bijirin juga mengandungi pelbagai mineral, vitamin B, karbohidrat dan kalsium yang diperlukan bagi menyokong aktiviti ibu hamil dan keperluan nutrisi bayi dalam kandungan.


5. Kekacang

Kekacang sangat sesuai dijadikan snek untuk ibu hamil. Oleh kerana saiznya yang kecil dan mudah dibawa ke mana-mana. Khasiat kekacang memang baik kepada ibu hamil terutamanya di awal kehamilan. Kacang seperti badam kaya dengan Omega 3.

Omega 3 ni penting kerana ia sangat baik untuk perkembangan otak. Jadi ibu mengandung seperti dan anak di dalam kandungan akan lebih bijak dan kuat ingatan.

Kekacang juga kaya dengan kandungan protein untuk pembinaan tisu dan otot serta membekalkan tenaga untuk ibu.

Kandungan asid folik dan vitamin B di dalam kekacang juga memang diperlukan untuk perkembangan sistem saraf bayi.


6. Makanan laut

Pembentukan otak janin sangat pesat berlaku sejak awal kehamilan lagi. Bagi membantu anak-anak kita lebih pintar, ibu hamil perlu makan makanan yang baik untuk otak. Selain kekacang, makanan laut juga kaya dengan Omega 3.

Jadi, ibu mengandung sangat disarankan mengambil makanan yang kaya dengan asid lemak omega 3 dan tinggi protein supaya otak bayi cukup khasiat untuk perkembangan minda.

Tetapi, berhati-hati juga dengan sumber makanan laut tersebut kerana ada hidupan laut, terutama dari lautan dalam tercemar dengan merkuri. Merkuri sangat bahaya untuk ibu dan bayi.

************

Bagaimana jika saya tidak suka makan sayur & buah buahan? Bagaimana jika saya tidak suka minum susu kerana loya ataupun lactose intolerant? Bagaimana untuk pastikan keperluan omega 3 harian saya cukup semasa mengandung? Terutama jika saya bekerja dan sibuk dengan urusan pejabat dan rumah?

Macam mana nak dapatkan khasiat ini? Macam mana nak dapatkan kalsium yang cukup semasa hamil? Macam mana nak pastikan vitamin dan zat besi mencukupi?

SET HAMIL SHAKLEE lah jawapannya, complete untuk keperluan nutrisi ibu hamil


Nak beli Set Hamil Shaklee secara online (debit kad/kredit kad), boleh klik link di bawah ini ye.
Order Set Hamil Shaklee Online



Stay Healthy.Be Gorgeous...mel
SMS/Whatsapp 019-3058619 / amelza02@yahoo.com

Comments