Bahaya Merkuri Dan Hidroquinon Dalam Kosmetik

"Best la pakai produk ni, 3 hari je kulit ai dah plolessss. Jerawat takde langsung, jeragat semua hilang. Putih glowing giler, licin berkilat wehhhh..."

bahaya merkuri dan hidroquinon

Erkkk, 3 hari je dah dapat kesan? Tak takut ke uols? Kitaran kulit normal 28 hari tau. Apa benda yang ada dalam produk tu yang bagi efek macam tu sekali? Macam tak normal je...

Nak tau ok ke tak, cuba stop produk tu untuk seminggu, tengok apa jadi. Rata-ratanya akan dapat efek rebound, jerawat bernanah-nanah naik satu muka, jeragat semakin teruk. Kulit macam terbakar dan pedih. Elok ke mcm tu??

Sebenarnya terdapat bahan-bahan penghakis atau peluntur iaitu Merkuri dan Hidroquinon yang menyebabkan kulit kita jadi plolessss giler mcm tu dalam masa yang singkat.

Bahaya merkuri dalam kosmetik ni, ia akan menghakis lapisan kulit luar kita, sebab tu jadi licin berkilat, habis semua cela hilang. Liang roma pun tak nampak dah. Lepas tu kulit jadi nipis sampaikan kena matahari pun sakit, merah terbakar. Tapi bagi mereka cantik lah konon, pinkish gitewwww...

Begitu juga dengan hidroquinon yang bertindak seperti merkuri, dan ia juga akan menghapuskan melanin kulit, sebab tu kulit jadi putih seputih-putihnya macam mayat. Melanin yang berfungsi memberi warna kepada kulit dah takde.

Mungkin ada yang akan kata, "kalau macam tu jangan lah stop guna, teruskan jela pakai."

Ok fine, tapi perlu tahu bahawa bahan-bahan ni ia akan meresap ke dalam kulit seterusnya ke dalam salur darah dan akan menyebabkan kerosakan organ-organ dalam badan, sehingga membawa MAUT!

bahaya merkuri dan hidroquinon

Heboh lah baru-baru ni beberapa produk kosmetik ni dibanned di Brunei. Malaysia tak banned pada mulanya, so ramai yang anggap ianya masih selamat. Sekarang KKM dah tarik balik produk-produk tu, tak boleh jual dah. Tapi masih ramai yang sukar nak terima hakikat. Hmm, tepuk dada tanya selera. Sayangi lah badan anda.

*******************************

Kesan merkuri & hidroquinon kepada kesihatan;

1. Mengganggu pertumbuhan janin dan boleh mengakibatkan keguguran dan kemandulan.

2. Boleh mengakibatkan kanser kulit.

3. Kegagalan fungsi buah pinggang, saraf dan otak.

*******************************

Kerosakan fungsi saraf & otak salah satu kesan keracunan merkuri

So no wonder lah kalau ramai pengguna tegar produk kosmetik beracun tu still dalam in denial mode. Terlebih merkuri dah dalam badan dorang tu menyebabkan dorang tak boleh berfikir secara logik dan waras...hehehe 🙊

Walaupun dah keluar dalam berita, dorang still cakap produk yang dimaksudkan tu fake la, konon-konon kejap je tu KKM tarik balik. Siap marah orang-orang yang share dan bagitau pasal ni.

Yang jadi pengedar tu pun, macam takde produk lain korang nak jual. Sanggup subahat. Menjawab la kat akhirat nanti ye.

Sedihhhhh
bahaya merkuri dan hidroquinon



Stay Healthy.Be Gorgeous...mel
SMS/Whatsapp 019-3058619 / amelza02@yahoo.com

Comments

  1. SOULSKIN COSMETICS INDONESIA DISTRIBUTOR ( @NATA_SOULSKININDO - INSTAGRAM )

    Hub :
    Line id: @nataa (use @)
    BBM : 5396B8E9

    ReplyDelete

Post a Comment