Nak Tahu 10 Sebab Mengapa Perlu Detox?
Usus adalah bahagian terakhir dalam rantaian pemprosesan makanan, di mana SEMUA makanan yang kita makan akan diproses untuk mendapatkan nutrisi yang amat diperlukan tubuh badan kita. Kekurangan serat dan air dalam makanan adalah punca utama terjadinya intestinal disorders (gangguan dalam sistem pencernaan - usus).
Usus kecil mudah untuk menyerap nutrisi. Tekanan boleh memberi kesan kepada penyerapan nutrisi dan akan menyebabkan iritasi kepada usus kecil. Usus besar boleh menyerap mineral dan air.
Apabila membran (lapisan dinding) usus besar tidak sihat, ia tidak boleh berasimilasi (melakukan proses pertukaran zat) dan menyerap mineral dan vitamin yang boleh mengundang pelbagai penyakit (tidak kira berapa banyak supplement yang kita ambil).
Kesihatan tubuh badan kita terpelihara jika sistem usus kita berfungsi dengan baik. Sebab itu lah kita perlu Detox----> DETOX HATI, DETOX USUS dan DETOX SELURUH BADAN~
APA ITU DETOX?
Detox adalah proses membersihkan usus di mana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Selepas dinding usus kita bersih, barulah badan kita dapat menyerap nutrien pada tahap optimum. Kerana itulah detox sangat penting sebelum mengambil apa-apa vitamin atau supplement lain supaya tahap penyerapan nutrien pada kadar paling optimum.
10 SEBAB KENAPA PERLU DETOX?
1. Buang toksin dari dalam badan.
Pendedahan jangka panjang toksin (bahan cemar alam sekitar, bahan kimia, pengawet, racun perosak, logam berat dan sisa buangan industri) menjejaskan metabolisme, tingkah laku, sistem imun dan menyebabkan penyakit. Toksin ini tersimpan dalam badan melalui tisu dan sel-sel di seluruh tubuh termasuk otak selama bertahun-tahun (mengikut umur anda).
2. Mencegah penyakit kronik.
Toksin ini menjadi penyebab kepada penyakit kronik seperti kanser, penyakit jantung dan banyak lagi. Badan kita juga berfungsi untuk membuang toxin untuk menjadikan badan kita sihat, walaubagaimanapun sistem dalam badan kita telah “overload” dan tidak mampu untuk membuang kesemua toksin ini. Ini menyebabkan pelbagai komplikasi dalam badan yang membawa kepada penyakit. Detox membantu dan meningkatkan keupayaan badan kita untuk menyingkirkan toksin secara semulajadi.
3. Meningkatkan fungsi sistem imun.
Badan kita mempunyai sistem imun yang berfungsi untuk melawan penyakit. Detox membantu badan untuk berfungsi dengan baik.
4. Mendapat berat badan yang ideal.
Toksin menjejaskan keupayaan semulajadi badan untuk membakar lemak dan menyebabkan kepada pertambahan berat badan, kencing manis, penyakit jantung dan tekanan darah tinggi. Detox menyingkirkan toksin dalam badan dan membantu mendapatkan berat badan yang ideal.
5. Melambatkan proses penuaan.
Detox menyingkirkan bahan radikal bebas, logam berat yang menyebabkan proses penuaan menjadi cepat (umun baru 30 tahun tetapi kelihatan seperti 40 tahun). Detox meningkatkan proses penyerapan nutrien dan membantu untuk melambatkan penuaan.
6. Meningkatkan kualiti hidup.
Badan kita tidak berasa selesa apabila mempunyai banyak toksin yang menyebabkan sakit sendi, sakit kepala, gangguan sistem pencernaan, masalah tidur dan kurang tenaga.
7. Meningkatkan tenaga.
Detox dapat meningkatkan tenaga dari segi fizikal dan mental.
8. Meningkatkan kualiti kulit.
Toksin menyebabkan kulit kelihatan tidak cantik dan kasar. Detox membantu membuang bahan yang menyebabkan kulit tidak cantik, jerawat dan bisul.
9. Mental dan emosi yang jelas.
Detox memberikan anda keyakinan yang meningkatkan keupayaan untuk mengurus kehidupan dengan lebih berkualiti.
10. Mengembalikan kesimbangan dalam sistem badan.
Detox mengembalikan kesimbangan dalam sistem badan iaitu semua sel, tisu, organ, sistem dalam badan dapat berkerjasama untuk kesihatan yang optima.
Ingin berdetox dengan cara yang betul? Hubungi saya, I will guide you all the way ;)
Stay Healthy.Be Gorgeous...mel
SMS/Whatsapp 019-3058619 / amelza02@yahoo.com
Comments
Post a Comment