9 Potensi Diri Untuk Menjadi Insan Yang Berjaya

potensi diri

Potensi diri merupakan kemampuan dan kekuatan, baik yang belum wujud mahupun yang telah wujud serta yang dimiliki seseorang tetapi belum sepenuhnya terlihat atau dipergunakan secara optimum.

Kita sering merasakan bahawa kita tidak memiliki sesuatu yang istimewa untuk ditampilkan kerana kita tidak menyedari potensi diri kita. Sehinggakan kadang-kadang kita menolak peluang yang diberikan kepada kita kerana kita rasa kita tidak mampu melakukannya.

Sebenarnya, jika kita yakin, kita pasti boleh melakukannya. Semuanya bergantung kepada keyakinan diri kita. Jangan sekali-kali takut untuk mencuba. Kita tidak akan menemui sesuatu yang berharga dalam diri kita sebelum kita mencubanya. You’ll never know, until you try.



9 Potensi Diri


1. Bahagia


Bahagiakan diri kita, bahagiakan org lain juga. Bahagiakan diri sendiri dengan selalu panjatkan kesyukuran. Bersyukur dapat membuatkan hati berasa tenang, sekaligus menjadikan kita bahagia. Bangun pagi terus bersyukur, mesti positifkan diri, dan bersemangat.

potensi diri


2. Kaya


Bukan setakat kaya wang dan harta dunia, tapi juga kayakan jiwa kita. Kaya jiwa adalah kaya dengan sifat kebaikan, kaya budi pekerti dan kaya harga diri. Kekayaan jiwa adalah kekayaan hakiki. Tidak ramai yang mempunyai kekayaan harta memiliki kekayaan jiwa. Kaya jiwa apabila imannya kukuh, hatinya kental dalam apa juga keadaan. Bila seseorang itu kaya hati, miskin atau kaya keadaannya sama saja. Sama sekali tidak menyusahkan hatinya atau menggugatkan jiwanya.

potensi diri

Namun adalah sangat malang jika miskin harta datang bersama dengan miskin jiwa. Miskin jiwa bukan hanya tidak pernah bersyukur dengan harta yang sedikit kita miliki atau keengganan membuat amal kebajikan. Miskin jiwa juga adalah sikap buruk yang menjadi amalan hari demi hari. Kayakanlah jiwa kita dengan rasa takwa, syukur, ikhlas, belas serta menghormati orang lain. Jangan ditunggu orang lain mengubah sikap masing-masing terlebih dulu ataupun menunggu orang lain untuk mengubah sikap kita. Sesungguhnya rugilah bagi mereka yang hanya mengejar harta dunia tetapi miskin jiwanya kerana tiada tempat baginya di samping orang yang dikasihi Allah.


3. Dermawan


Banyakkan bersedekah dan membantu mereka yang kesusahan. Tidaklah akan berkurang harta yang kita infaq atau sedekahkan dengan ikhlas kerana Allah, malah Allah akan menggantinya dengan berlipat ganda.

potensi diri

Infaq di dalam Islam dipandang sebagai kewajiban yang terpenting. Kewajiban infaq ini tidak sahaja kepada mereka yang berharta tetapi juga kepada mereka yang miskin dan tidak berharta, yang pemurah hati. Mereka yang tergolong miskin namun mempunyai jiwa murah hati ini, Allah menaruh perhatian dan melebihkan kasihNya, seperti disebut di dalam salah satu Hadis berikut yang bermaksud:

"Aku sayang kepada para orang-orang pemurah, tapi kasihKu lebih kepada si faqir yang pemurah."


Infaq suka dan rela memberi, membantu dan menolong adalah suatu fitrah manusia, bila ia tak dikalahkan oleh semangat bakhil. Memberi adalah satu kesenangan yang nikmat bagi setiap jiwa.


4. Bebas Masa


“If you have all the time in this world, what would you do differently today?”


“Time is your most precious commodity and yet most of us live our lives as if we have all the time in the world.” – Robin Sharma

Kita semua menginginkan kebebasan masa. Sebab bila kita dah memiliki kebebasan masa, kita boleh pilih dan atur jadual kita sendiri. Apa yang ingin kita buat, kita boleh lakukan mengikut kehendak kita.

potensi diri

Menghargai kebebasan masa bermakna kita akan tahu bahawa duit atau harta menjadi kurang bernilai jika kita tidak mempunyai masa. Apabila kita dapat mengecapi kebebasan masa, kita bebas untuk mengejar impian kita walaupun sukar pada permulaannya. Kita kena sedar bahawa masa lebih bernilai daripada duit dan segala-segalanya. Duit dan kekayaan tidak akan bernilai tanpa masa.

Dengan kebebasan masa, kita boleh gunakan untuk perkara-perkara yang bermakna dan bernilai, yang dapat memberikan makna kepada orang lain. Seperti membantu mereka yang memerlukan, menambah nilai hidup masyarakat, serta tidak mustahil mengubah dunia.


5. Perhubungan Kerohanian


Hubungan dengan Tuhan dan Rasul

Jaga hubungan kita dengan Allah, insyaAllah segala yang kita lakukan pasti akan menjadi mudah. Caranya, tidak melengahkan solat, meninggalkan laranganNya, sentiasa berdoa kepadaNya, melakukan sesuatu dengan mengharap keredhaanNya. Sentiasa berselawat kepada Rasul dan mengamalkan sunnah-sunnah Baginda.


Hubungan dengan IbuBapa

Islam amat menitikberatkan umatnya supaya menghormati dan berbuat baik kepada ibu bapa. Allah SWT telah menyatakan betapa pentingnya kita sebagai anak menjaga hubungan baik dengan ibu bapa di dalam Al-Qur'an.

potensi diri

Kasihi, hormati dan bantulah mereka semasa mereka masih hidup serta doakan mereka setelah mereka meninggal dunia. Tanpa redha mereka, kita tidak akan mengecapi redha Allah. Rasulullah SAW bersabda, yang bermaksud:


"Redha Allah bergantung pada redha dua ibu bapa, dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa." (Riwayat al-Hakim)


6. Silaturrahim


potensi diri

Islam mengajarkan umatnya agar selalu mempererat tali ukhuwah Islamiyah, agar umat ini menjadi umat yang bersatu dan dapat menebarkan kebaikan kepada umat manusia pada umumnya.
Salah satu kebaikan yang dapat mempererat tali persudaraan dalam Islam, dan membuka pintu kebaikan pada orang lain adalah silaturahim. Memelihara hubungan silaturahim merupakan perintah Allah dan Rasul-Nya, serta wajib bagi kita untuk menjaganya dengan sebaik-baiknya.

“Barangsiapa yang ingin dilapangkan rezkinya, dan ingin dipanjangkan usianya, maka hendaklah dia menyambung silaturrahmi.” (HR. Bukhari)


7. Bermanfaat


Rasulullah SAW pernah bersabda, sebaik-baik manusia ialah yang paling bermanfaat kepada manusia. Untuk memberi manfaat kepada orang lain, wasilah yang paling penting yang perlu kita ada ialah ilmu, tidak kira ilmu duniawi atau ukhrawi. Hal ini disebabkan dengan kedua-dua ilmu ini kita dapat memberi faedah kepada orang lain.

Mungkin ada perkara yang pada kita nampak kecil, tetapi sangat bermanfaat kepada orang lain. Maka jadilah orang yang boleh memberi manfaat kepada orang di sekeliling kita.

potensi diri


8. Berinspirasi


Menjadi orang yang berinspirasi dan dapat menjadi inspirasi kepada orang lain pula. Paling mudah, menjadi inspirasi kepada anak-anak, adik-beradik, dan rakan-rakan.

Selain itu, hidup dalam persekitaran yang berinspirasi dan berkawan dengan insan-insan yang berinspirasi adalah penting untuk menginspirasi diri untuk berjaya dalam hidup.

potensi diri


9. Berjaya Dunia & Akhirat


  • Beriman dan sentiasa ingat kepada Allah, seperti berzikir. Jangan lalai bila dah senang.
  • Solat. Banyak rahsia-rahsia tersembunyi di alam solat, seperti di antaranya berkaitan dengan disiplin, fokus, istiqamah, jemaah, dan banyak lagi.
  • Zakat untuk membersihkan harta dan jiwa. Sebagai tanda syukur kepada Allah.
  • Akhirat...itulah “ultimate goal” kita, bukan sekadar mahu untung atau mahu jadi kaya di dunia, ianya lebih jauh dari itu, iaitu sehingga ke alam akhirat. 
 
potensi diri


Dengan mengamalkan kesemua ini, kita akan mendapat balasan dengan sebaik-baik balasan oleh Allah SWT, di dunia dan juga di akhirat. InsyaAllah...


Stay Healthy.Be Gorgeous...mel
SMS/Whatsapp 019-3058619 / amelza02@yahoo.com

Comments

Post a Comment