Makan-makan di Wangsa Grill by Chef Zubir

Khamis lepas ada orang baik hati nak belanja saya lunch. Alhamdulillah, rezeki jangan ditolak kan. Hehe...dapatlah merasa makan di restoran Chef Zubir Masterchef tu, Wangsa Grill. Memang lama jugak teringin nak makan situ, asyik tak berkesempatan je. Selain Wangsa Grill, Chef Zubir jugak ada restoran Laman Grill di Shah Alam, dan Kajang.

Wangsa Grill by Chef Zubir, Wangsa Melawati, KL





Hiasan dalaman restoran ni memang class, nice, simple. Tak besar sangat, ok lah.




Menu apa yang kami pilih? Meh tengok, terliur tak? Hehe...

Our starter, Nacho's...memang best, ada avokado..unik sebab guna sos tembikai as dip sauce

My set, Medium Sirloin Beef, yummeh...ada veggie tempura, grilled potato with mayo plus wasabi sauce (terangkat!!)

Hana punya dish...NZ Premium Lamb Rack, with sausage. Sausage tu ada pickles as sauce, memang sedap.

Fish & Chips untuk Abg Sofie, hmmm sedappp

Dah makan main course, dessert mesti ada kan, nak maniskan mulut balik...hehe...

Banana Split for Abg Sofie

Mocha Almond Fudge for me

Red Velvet Cake with Orange Sorbet for Hana

Pendek kata, semua sedap lah. Puas hati, walaupun bukan Chef Zubir yang masak. Rasa yang unik, combination ingredient yang menarik, dan food presentation memang class. Harga? Standard western food lah. Boleh pergi lagi lepas ni, hehe...





Stay Healthy.Be Gorgeous...mel
SMS/Whatsapp 019-3058619 / amelza02@yahoo.com

Comments

  1. ooohhh terliurnye...
    nachos plg mngoda sebenarnye
    hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. blh try...klu suka western food mmg recommended la

      Delete

Post a Comment