4 Petua Hapuskan Jerawat

Jerawat memang masalah besar bagi orang perempuan kan, hehe. Rungsing, stress, bila ada jerawat yang mula menonjolkan diri kat muka kita. Mari kita cuba beberapa petua yang senang, dan bahan-bahan dia boleh kita dapat kat dapur rumah je, hasil carian pakcik google.

Petua 1: Tomato


Petua ini menggunakan buah tomato sebagai penawar kepada masalah jerawat. Caranya ialah dengan menyapukan buah tomato yang telah dibelah ke wajah sebelum masuk tidur. Setelah agak kering, buangkan biji-biji tomato yang melekat pada wajah anda. Ramuan ini boleh dipakai semalaman atau jika anda terasa gatal atau pedih, anda boleh membersihkannya dengan air bersih sebaik sahaja ia mengering. Amalkan petua ini sekali seminggu.

Di samping menyembuhkan jerawat, petua tomato ini juga akan membuatkan wajah kelihatan lebih cerah dan lebih berseri.


Petua 2: Timun



Kupas kulit sebiji timun dan kemudian tumbuk hingga lumat. Bersihkan wajah terlebih dahulu dan lapkan wajah sehingga kering. Selepas itu, pupurkan kulit timun yang telah ditumbuk tadi pada jerawat yang terdapat di wajah anda.

Biarkan ia mengering selama 1/2 jam pada wajah sebelum dicuci dengan air bersih. Petua ini elok jika diamalkan pada setiap hari supaya jerawat yang tumbuh cepat mengering dan tidak meninggalkan bekas. 


Petua 3: Bawang Putih




Tumbuk lebih kurang dua ulas bawang putih hingga cukup halus, lalu disapukan ke bahagian muka yang berjerawat. Biarkan selama 10 minit lepas basuh muka. Cuba amalkan cara ini seminggu sekali. 

Petua 4: Putih Telur




Asingkan kuning telur dan ambil putih telur saja. Pukul sekejap dan sapu ke wajah dan biarkan selama 15 minit. Bilas dengan bersih. Putih telur ini dapat mengurangkan minyak di muka yang sering menyebabkan timbulnya jerawat.

Selamat Mencuba!!


Stay Healthy.Be Gorgeous...mel
SMS/Whatsapp 019-3058619 / amelza02@yahoo.com

Comments

  1. kalau tomato dgn timun tu bleh dipraktikan..
    tapi bawang putih dgn teloo tuuu
    uihh tak tertahan bau nye

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...try dulu telur putih tu...nak bau sedap campur plain yogurt...bwg putih tu mesti ada rasa pedih2 kan nnt

      Delete

Post a Comment