5 Tips Banyakkan Susu Ibu Semasa Mengandung

tips banyakkan susu ibu semasa mengandung

Menjadi impian semua ibu untuk menyusukan anak mereka dengan susu ibu. Banyak kelebihan dan khasiat yang anak kita boleh dapat daripada susu ibu. Ada yang bertanya, apa cara atau tips banyakkan susu ibu semasa mengandung? Maknanya persediaan yang kita boleh buat untuk banyakkan susu ibu bermula dari saat kita mula mengandung lagi.

Di sini saya nak kongsikan tips yang boleh diamalkan ketika kita mengandung. InsyaAllah, dengan izinNya hasrat kita untuk menyusukan anak kita sendiri dengan susu ibu berjaya.

 

Persediaan awal for our breastfeeding journey


  • Selalu bersihkan nipple supaya liang susu terbuka, takde yang tersumbat. Kalau kita perhatikan nipple kita macam ada ketulan putih di antara liang-liang nipple tu. So bersihkan ye, buang ketulan tu.
  • Waktu mandi guna kain lembap untuk cuci bahagian nipple, bersihkan perlahan-lahan.
  • Bila dah 7 bulan ke atas, picit-picit sikit bahagian nipple dan pastikan ada cairan yang keluar. Kalau takde cairan pun takpe, tapi kita start rangsangan dari awal.
  • Rajin-rajinkan lah diri untuk urut breast dari pangkal bawah ketiak menuju ke nipple. Urutan ini dapat mambantu membuka saluran susu ibu.
  • Setkan minda dari awal yang kita nak menyusukan anak kita nanti. Think positive, and yakin kita akan dapat breastfeed sepenuhnya.

Saat paling penting apabila kita dah selamat bersalin nanti. Penting untuk kita terus susukan baby kita, jangan tunggu-tunggu. Walaupun takde susu yang keluar di permulaannya, kita tetap perlu teruskan bagi baby hisap, kerana rangsangan daripada bayi lah yang paling penting untuk pengeluaran susu ibu. Jangan putus asa ye.

Waktu mula-mula baby start breastfeed, nipple akan pecah. Masa ni memang sakit sangat kat nipple tu time baby hisap, sampai luka jadinya. Saya menanggung kesakitan nipple pecah ni selama 2 minggu jugaklah. Demi anak, tahan je, hehe. Rasa puas bila tengok banyak susu keluar, tengok anak kenyang, syukur sangat. Sakit tu belakang kira lah ;)

Apa yang penting di sini adalah keazaman dan semangat kita. Semua petua-petua atau tips-tips yang kita dapat adalah untuk membantu kita mencapai apa yang kita nak. Bagi lah 1001 tips pun, tapi kalau hati kita sendiri tak menginginkannya, memang tak menjadilah. Jom layan dulu video bawah ni, contoh usaha yang kita boleh lakukan untuk membantu dalam pengeluaran susu ibu.



Boleh share pada adik-beradik kita atau kawan-kawan kita, mana yang sedang pregnant tu. Semoga bermanfaat pada semua ;)


Stay Healthy.Be Gorgeous...mel
SMS/Whatsapp 019-3058619 / amelza02@yahoo.com

Comments

Post a Comment