Tips Tambah Selera Makan Anak, Ibu Tak Risau Lagi

Tips Tambah Selera Makan Anak

Rungsingnya lah bila anak-anak tak nak makan, pastu memilih sungguh makanan apa yang dia nak makan. Kita risau dia tak dapat khasiat yang sepatutnya dia dapat. Kanak-kanak yang sedang membesar tersangatlah perlu makanan yang seimbang setiap hari untuk tumbesaran yang sihat. Makanan berkhasiat tak nak makan, tapi jajan, snek, makanan ringan pulak yang jadi pilihan.

Sebagai ibu, semestinya kita nak tahu tips tambah selera makan anak. Seronok bila tengok anak orang lain suka makan, berselera je selalu. Jom saya kongsikan beberapa tips tambah selera makan anak.

 

Macam mana nak tambah selera makan anak?


  • Makan bersama-sama. Anak-anak akan mencontohi ibu bapa.
  • Jangan memaksa anak makan. Ia akan memburukkan lagi keadaan. Malah anak akan terus membenci dan merasakan ianya satu penyeksaan.
  • Offer anak-anak makan semasa mereka lapar dan tenang. Jangan tunggu terlalu lapar.
  • Cipta suasana waktu makan yang menggembirakan.
  • Untuk mencuba makanan baru, campurkan dengan makanan kesukaan anak-anak.
  • Hidangkan makanan anak-anak dengan cara yang menarik. Buat corak, hiaskan dengan comel mengikut kreativiti.
  • Elakkan makanan snek dan makanan ringan, terutama sebelum tiba waktu makan. MSG dalam makanan ringan akan hilangkan selera anak terhadap masakan yang bebas MSG.
  • Elakkan juga makanan tenusu ketika hampir tiba waktu makan, bagi mengelakkan anak kekenyangan ketika waktu makan.
  • Galakkan anak-anak membantu menyediakan hidangan makanan. Contohnya, bawa pinggan ke meja, letak sudu dalam mangkuk. Kalau ada anak yang besar sikit, boleh tolong potong-potong.
  • Ajak anak membeli barangan dapur bersama. Tunjukkan bahan-bahan yang digunakan untuk memasak.
  • Sekali sekala ajak anak makan dengan rakan sebaya atau saudara sebaya kerana anak sukakan suasana makan beramai-ramai.
  • Biarkan anak makan sendiri walaupun bersepah dan tumpah.
  • Tanya pendapat anak tentang menu yang diingini.
credit to http://superbvitamin.blogspot.com/2014/08/tips-masalah-anak-kurang-makan.html


Mealshakes membantu tambah selera makan anak


Jika dah susah sangat, buntu dah tak tahu nak buat macam mana lagi, saya cadangkan ibu-ibu untuk bagi Mealshakes Shaklee kepada anak-anak. Alhamdulillah Esha yang sebelum ini susah nak makan akhirnya tidak lagi menolak pelawaan untuk makan. Kadang-kadang mintak lagi nak makan, padahal saya baru je suap dia makan. Berselera sungguh, gembiranya hati ;)

Bukan saya sorang je yang dah rasa keberkesanan Mealshakes ni, ramai lagi ibu-ibu di luar sana. Tak percaya? Jom tengok video bawah ni...


Anak Kurus Kering & Selalu Sakit Di Taska, Apa Nak BUAT? from iReach HD on Vimeo.


See...bukan setakat tambah selera makan, tapi taraf kesihatan anak-anak pun bertambah baik. Dulunya asyik jatuh sakit, selalu demam dan selesema, sekarang tidak lagi!!! Alhamdulillah...

Nak tahu lebih detail apa kebaikan Mealshakes? Boleh klik SINI.

Sayangkan anak, bukan dengan bagi makan jajan, tapi dengan memberikan mereka sumber makanan yang berkhasiat dan berzat. Amalkan tips tambah selera makan anak di atas, jaga permakanan mereka. Kalau tak nak asyik ambik cuti je sebab anak selalu sakit, cepat-cepat hubungi saya untuk dapatkan Mealshakes ni ;)


Stay Healthy.Be Gorgeous...mel
SMS/Whatsapp 019-3058619 / amelza02@yahoo.com

Comments