KENAPA NENEK MOYANG KITA TAK MAKAN SUPPLEMENT, TAPI KITA KENA MAKAN SUPPLEMENT

kenapa kena makan supplement


Salah ke ambik supplement untuk dapatkan nutrisi yang cukup?

Ada yang berpendapat tak perlu pun sebab nenek moyang kita dulu takde pun makan supplement. Kenapa sekarang kita kena makan supplement pulak?

Dulu dengan sekarang dah lain. Makanan mereka dulu-dulu dah cukup membekalkan badan mereka dengan nutrien yang diperlukan.


Ini antara sebab-sebabnya

1. TANAH YANG SUBUR

Zaman nenek moyang kita dulu, tanaman mereka menggunakan baja kompos atau baja organik (najis haiwan). Baja-baja ini akan membuatkan tanah lebih subur dan kaya dengan mineral.

Zaman sekarang kita banyak menggunakan pestisid dan racun serangga untuk mengawal serangga perosak, sehingga menyebabkan tanah menjadi kurang subur. Ini kerana bahan-bahan kimia dari pestisid tadi telah menyerap ke dalam tanah dan akan membunuh cacing dan mikroorganisma yang penting untuk kesuburan tanah.

Kita juga menggunakan baja kimia yang lebih murah berbanding baja organik, melakukan aktiviti-aktiviti pembakaran, meragut dan membajak dengan terlampau sehingga menyebabkan kualiti tanah berkurang.


2. HANYA YANG ORGANIK SAHAJA YANG DIHASILKAN

Tok nenek kita masa tu tak kenal pun perkataan organik ke, konvensional ke, atau pun GMO. Apa yang terhasil masa tu sememangnya semulajadi. Makanan yang dihasilkan adalah kaya dengan zat dan nutrien. Mereka tak risau pun tentang bahan-bahan kimia atau GMO yang akan membahayakan mereka. Sebab dulu-dulu memang takde pun semua tu.

Kita mungkin tidak sedar bahawa bahan kimia adalah bersifat estrogenik, yang boleh menyebabkan gangguan hormon dalam badan. Banyak penyakit yang kita boleh dapat disebabkan hormon yang tak seimbang ini.


3. TIADA MAKANAN TERPROSES

Mereka minum susu segar, roti gandum, garam laut. Daging dan telur adalah daripada ternakan mereka sendiri di belakang rumah yang bebas daripada pencemaran. Nak sedia makanan mereka tangkap je haiwan ternakan mereka, ambik je sayur tanaman mereka, kemudian masak.

Makanan sejuk beku, tiada.
Keropok dan jajan, tiada.
Gula yg mereka guna pun tak sebanyak kita sekarang.


4. DARI KEPALA KE KAKI HAIWAN, SEMUA MENJADI MAKANAN

Tahu kan, nenek moyang kita suka makan organ dalaman haiwan seperti hati, jantung, paru, sampai ke tulang-tulang diratah. Sebab tak nak membazir makanan. Kepala, ekor, kaki lembu dibuat sup. Bunyi macam mengerikan, tapi semua tu ada zat dan vitamin tersendiri.

Organ dalaman mengandungi vitamin A, D, E, K, B12 dan asid folik, dan mineral seperti kuprum dan zat besi. Bone broth atau sup tulang ada gelatin yang baik untuk sendi-sendi badan, rambut, kuku dan kulit. Ia jugak dapat menyingkirkan toksin dalam badan.


5. MEREKA SUKA MAKANAN YANG DIJERUK ATAU DIPERAM (FERMENTED)

Makanan jeruk atau peram seperti sauekraut (kubis jeruk style German), kimchi, kombucha, kefir, yogurt merupakan makanan yang kerap dimakan oleh tok nenek kita. Sebenarnya makanan-makanan seperti ini kaya dengan probiotik yang dapat memberikan sistem penghadaman yang sihat.


>> KEBENARAN TENTANG SITUASI KITA SEKARANG

Kita sebenarnya kebuluran. Diet kita sekarang adalah sangat tidak sihat. Makan banyak tapi takde zat. Sebab tu kita ambik supplement.

Kita boleh tukar kepada makanan organik sebanyak yang boleh. Tapi, tanah kita sekarang tidak lagi kaya dengan nutrien dan mineral seperti dulu. Kita tetap tak dapat nak elak daripada terdedah kepada toksin dan bahan kimia. Di sinilah supplement memainkan peranan.

So nak makan supplement ke tak? Kalau nak, boleh hubungi saya untuk supplement yang terbukti selamat dan berkesan.

(Diterjemahkan dari TheHealthyHoneys.com)



Stay Healthy.Be Gorgeous...mel
SMS/Whatsapp 019-3058619 / amelza02@yahoo.com

Comments