Jadi Insan Hebat, Aktifkan Otak Kanan Dan Kiri Anda

Aku otak kiri...kau otak kanan, kita tak geng!

Eh eh, janganlah gitu. Siapa orang yang otak kanan dan kiri ni? Mereka yang lebih pada kerja-kerja teknikal dan selalu fikir logik, akan lebih banyak menggunakan otak kiri, manakala mereka yang berjiwa seni pulak dominan kepada otak kanan.


Tapi sebaik-baiknya kita kena seimbangkan kedua-dua belah otak kita, barulah boleh jadi insan yang hebat! Boleh ke? Mestilah boleh. Ada cara untuk aktifkan otak kanan dan kiri kita.


Aktifkan Otak Kanan

Kalau golongan otak kiri ni ada kawan yang berjiwa seni, suka buat lawak, try to get along dengan dia. Dengar lawak dia, tengok karya seni dia. Selain tu kerapkan bersukan seperti main badminton dan boling untuk aktifkan otak kanan. Badan sihat, minda pun cerdas.

Tengok Maharaja Lawak pun boleh lah jugak, hehe. Tapi better tengok smart comedy, yang tak merapu sangat. Tengok Asia's Got Talent pun best 😉

Dengar atau baca puisi dan lagu-lagu yang puitis. Saya suka lagu Malique, sangat mendalam maknanya. Kita akan cuba guna otak kanan untuk faham maksud lirik tu. Selain itu, berimaginasi lah selalu. Imaginasi yang akan membawa kita kepada impian kita.

"Logic will get you from A to B, Imagination will take you everywhere"


Aktifkan Otak Kiri
 
Bagi golongan otak kanan ni pun boleh aktifkan otak kiri mereka jugak. Antaranya dengan selalu main game puzzle, install games seperti word puzzle dalam phone, main sahibba dengan anak-anak. Games yang ajak kita berfikir.

Saya suka main sudoku, banyak melatih otak kiri. Selain itu banyakkan membaca, cuba luangkan masa untuk membaca sekurang-kurangnya 2 mukasurat sehari. Kalau tak pernah baca buku english, cuba untuk belajar.

Tak perlu jadi orang teknikal pun untuk guna otak kiri kita tu.

Allah dah cipta otak manusia dengan sehebat-hebatnya. Sayanglah kalau tak digunakan sebaiknya.


Siapa yang tak pasti dia dominan otak mana, boleh lah try buat quiz atau brain test. Saya dah try, nampaknya saya seimbang kedua-dua belah. Alhamdulillah...

https://testyourself.psychtests.com/testid/3178


https://www.arealme.com/left-right-brain/en/


Dan akhir sekali, untuk pastikan otak kita sentiasa cerdas dan mudah untuk belajar benda baru, jangan lupa bekalkan makanan dan nutrisi yang baik untuk otak. Ada vitamin untuk otak yang boleh kita amalkan selalu. Boleh refer entry saya di bawah;

http://eshazara.blogspot.my/2017/03/tingkatkan-motivasi-diri-dengan-memberi.html




Stay Healthy.Be Gorgeous...mel
SMS/Whatsapp 019-3058619 / amelza02@yahoo.com

Comments