Ketahui Bagaimana Terjadinya Jeragat Dan Pentingnya Pelindung Matahari

 bagaimana terjadinya jeragat

Assalamualaikum....

Saya ingin berkongsi ilmu tentang kenapa dan bagaimana terjadinya jeragat, tanda penuaan dan sunburn di usia muda serta kenapa kita tak boleh culas memakai pelindung matahari.

Pernah tak anda terfikir kenapa berlakunya jeragat? Anda pakai bermacam-macam produk yang menjanjikan jeragat hilang dalam masa 3/7 hari tetapi akhirnya anda kecewa. Krim siang yang berwarna dikhabarkan sebagai sunblock dan foundation. Jika tak pakai muka rasa perit, pedih dan macam terbakar. Duit dah beratus habis....malah ada yang dah beribu....bermacam-macam produk dah pakai tapi kesannya sama. Jeragat still ada malah getting worst.


Produk-produk yang anda pakai jika tiada SPF dan PA+++ bukanlah pelindung matahari untuk kulit anda.

Pelindung matahari yang mengandungi SPF.
*SPF adalah singkatan kepada Sun Protection Factor atau Faktor Pelindung Matahari*.


Fungsi SPF


Memberi perlindungan terhadap kesan sinaran UVB untuk anda bertahan di luar bangunan sebelum anda mula mendapat kerosakan kulit atau sunburn.


bagaimana terjadinya jeragat

bagaimana terjadinya jeragat

bagaimana terjadinya jeragat

Walaupun masalah kulit juga berpunca dari diet, stress dan hormon, punca yang paling besar adalah sinaran UV.

Sinar UV terbahagi kepada UVA, UVB dan UVC.

🌞 UVA adalah punca kepada penuaan pra matang malah kanser kulit. Ia boleh menyerap jauh ke dalam dan merosakkan kulit.
🌞 UVB mengakibatkan sunburn atau kesan terbakar pada kulit.
 

🌞 UVC pula tidak sampai kepada kita kerana telah diserap oleh atmosfera bumi.


Oleh kerana sunburn adalah disebabkan oleh sinar UVB maka SPF juga merujuk kepada kemampuan pelindung matahari untuk menghalang sinar UVB sampai ke kulit anda dan bukannya pelindung daripada sinaran UVA.

Pelindung matahari berSPF 15 melindung 94% dari sinar UVB; SPF 30 menahan 97% dari sinar UVB dan SPF 45 sehingga 98% sinaran.

Tiada 1 pun produk yang mempunyai kemampuan penahanan terhadap sinaran UVB sebanyak 💯%. Jadi tak cukup kuat kan untuk menangkis kulit anda daripada rosak.

Jadi produk yang hanya mengandungi SPF adalah kurang tepat untuk lindungi kulit kita daripada kerosakan atau sunburn.


Pernah tak anda nampak pada label sunblock anda ada tertulis PA? Apa itu PA?


PA bermaksud Protection Grade of UVA Rays atau Gred Perlindungan dari Sinar UVA.

Sinar UVA sememangnya bahaya kerana radiasinya yang panjang dan menembus ke bahagian dermis iaitu lapisan kulit dalam.

Kerosakan yang terjadi akibat UVA menembusi lapisan epidermis anda untuk sampai ke lapisan dermis. Ia bersifat KEKAL dan boleh dilihat dengan mata kasar. Itulah JERAGAT. Malah ada yang lebih teruk dengan terjadinya kanser kulit.

Jeragat TIDAK boleh DIHILANGKAN, DIHAPUSKAN, DIMATIKAN walau dengan apa cara sekali pun kerana ia telah menjadi sebahagian sel kulit anda. Anda percaya jeragat boleh hilang? Cara paling senang adalah dengan mengikis lapisan epidermis anda sampai habis dan yang tinggal adalah lapisan dermis anda dan itulah terhasilnya kulit putih licin bak kulit telur. Yang sangat-sangat dibanggakan oleh ramai wanita.

Tetapi apa jadi bila lapisan epidermis anda dah tiada 😱? Kulit akan menjadi sangat sensitif dan kemerahan kerana lapisan perlindungan epidermis dah tiada. Kulit perlindungan (acid mantle) yang berfungsi untuk menghasilkan sel-sel baru juga tidak lagi berfungsi kerana telah terhakis. Risiko tinggi untuk mendapat kanser kulit.

PA Rating

Anda boleh lihat kerosakan yang mula terjadi di bawah kulit apabila terdedah kepada sinar UV. Krim Pelindung Matahari untuk pasaran Asia biasanya menggunakan sistem PA rating. Tahap PA diukur berasaskan kepada reaksi PPD (Persistent Pigment Darkening) atau Kegelapan Kulit akibat dari pendedahan berterusan kepada sinar matahari selama 2-4jam.

Nilai PA ini biasanya digredkan dengan simbol PA+, PA++, PA+++ di mana lebih banyak simbol + digunakan maka lebih tinggi nilai perlindungan dari sinar UVA.

Menurut Persatuan Industri Kosmetik Jepun, gred PA di kategorikan seperti di bawah:

1. PA+ bermaksud krim pelindung matahari tersebut mampu melindungi kulit dari radiasi tahap sederhana dengan faktor PPD antara 2 hingga 4.

2. PA++ pula bermakna krim pelindung matahari yang dapat melindungi kulit juga dari radiasi tahap sederhana tetapi dengan faktor PPD antara 2 hingga 8.

3. PA+++ pula direka untuk kulit yang normal dan terdedah kepada radiasi UV yang kuat. Ia melindungi kulit dengan faktor PPD melebihi 8. Ia merupakan pelindung matahari atau lebih tepat lagi, pelindung UVA yang paling tinggi gred setakat ini.


Broad Spectrum

Walaupun banyak produk di pasaran yang menggunakan label “broad-spectrum”, ia tidak semestinya pelindung UVA yang berkesan.

Perlindungan dari sinar UVA yang berkesan adalah yang mengandungi zink oksida. Adalah sangat penting untuk memilih produk yang melindungi dari kedua-dua radiasi UVA dan UVB. Untuk perlindungan maksimum, gunakan produk broad spectrum yang mengandungi zink oksida dan titanium oksida.
Selain itu, kandungan lain yang patut di pilih adalah yang mengandungi oxybenzone, avobenzone dan mexoryl.

Cegahlah dari awal. Once jeragat dah ada pada kulit anda, jika anda rawat tetapi tidak konsisten melindunginya semula daripada sinar UV, jeragat akan datang balik pada tempat yang sama...saya ulang TEMPAT YANG SAMA.



Stay Healthy.Be Gorgeous...mel
SMS/Whatsapp 019-3058619 / amelza02@yahoo.com

Comments