Gastrik Alasan Tak Boleh Puasa, Betul Ke?
Bulan Ramadhan bakal menjelang, tak lama saja lagi. Ada sesetengah orang menjadikan gastrik sebagai alasan untuk tidak berpuasa. Pernah dengar tak, "saya gastrik tak boleh puasa", "kalau gastrik tak boleh lapar, perut kosong, kena makan"?
Tetapi apakah kaitan antara gastrik dan puasa? Benarkah gastrik membataskan seseorang untuk menunaikan ibadah puasa?
Apa itu gastrik?
Gastrik atau istilah perubatannya, gastritis, adalah sejenis penyakit keradangan pada dinding atau lapisan mukosa perut. Secara semulajadi sel perut menghasilkan asid hidroklorik dengan pH1 hingga 2 untuk proses pencernaan makanan. Asid yang kuat ini boleh menghakis besi, dan sel perut menghasilkan lapisan mukosa sebagai perlindungan terhadap kesan asid tadi.
Orang yang mengadu sakit perut apabila lapar menandakan asid hidroklorik terlalu banyak dalam perut dan jika sakit perut selepas makan mungkin menandakan masalah ulser perut kerana lapisan mukosa lemah.
Gastrik Tak Boleh Puasa?
Ramai menganggap serangan gastrik kerap berlaku semasa bulan Ramadhan kerana tak makan dan ini menyebabkan tahap asid dalam badan meningkat. Betul ke?
Sebenarnya semasa berpuasa, seluruh sistem penghadaman berehat dan rembesan asid hidroklorik dalam perut menurun dan masalah sakit atau senak akibat asid perut yang tinggi tidak timbul.
Dipetik dari suratkhabar Utusan,
Pakar Gastroenterologi di Pusat Perubatan Kelana Jaya (KJMC), Dr. Abdul Malik Jamal Buhari berkata, sakit perut semasa berpuasa bukan disebabkan gastrik tetapi tabiat pemakanan semasa berbuka. Apabila tiba waktu berbuka, ramai yang berbuka dengan makanan yang berat dan bersifat kompleks yang menyebabkan ketidakhadaman. Makanan kompleks seperti berempah, lemak dan pedas menjejaskan kelancaran sistem pencernaan menyebabkan sakit perut.
Mereka yang menderita gastrik masih juga boleh menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan. Semasa berpuasa, kita hanya makan dua kali sehari dan tidak makan di antara masa makan buka dan sahur. Dr. Malik berkata, semasa berbuka dinasihatkan hanya minum air dan makan makanan yang ringkas seperti kurma atau buah-buahan kering.
Kurma dan makanan kering amat baik kerana dapat merangsang asid untuk menerima lebih banyak makanan. Kurma juga kaya dengan garam galian seperti potasium selain lambat membebaskan tenaga.
Seelok-eloknya, selepas minum air dan kurma, solat dulu sebelum sambung makan yang lebih berat dan selepas itu jangan ambil makanan berat.
Semasa bersahur pula ambil makanan seperti roti, susu, kurma atau oat kerana ketika itu perut belum bersedia menerima makanan. Sahur amat penting untuk badan kerana ia seperti mengambil sarapan pagi.
Menurut beliau lagi, sebanyak 80 peratus penderita gastrik disebabkan oleh bakteria dalam perut iaitu Helicobacter pylori (H. pylori) manakala selebihnya disebabkan oleh makanan, ubatan seperti ubat tahan sakit dan juga stress.
Gastrik bukan disebabkan tidak mengambil makanan tetapi mengambil makanan yang tidak teratur dan seimbang. Mereka yang ada gastrik tetap boleh berpuasa jika mengamalkan kaedah pemakanan seperti disarankan agama dan pakar pemakanan iaitu melambatkan bersahur, menyegerakan berbuka dan makan secara sederhana.
Jadi, gastrik tidak boleh dijadikan alasan untuk tidak berpuasa, melainkan jika ia terlalu memudaratkan. Ingat tu!!
Saya pun sekarang mudah diserang gastrik, terutama ketika stress dan jadual makan yang tidak teratur. Apa yang saya buat untuk pastikan ibadah puasa saya tidak terganggu?
* WAJIB SAHUR, seeloknya dilambatkan sahur tersebut
* mengamalkan supplement yang bersesuaian, boleh baca di SINI
InsyaAllah, semuanya dipermudahkan ;)
Selamat Menunaikan Ibadah Puasa
Stay Healthy.Be Gorgeous...mel
SMS/Whatsapp 019-3058619 / amelza02@yahoo.com
awk x kene boleh la ckp...kene nanti berguling2...senggugut tu baru 10 peratus je tahap kesakitan...muntah2 dan perut bagai dihiris2...tidak boleh perut kosong lebih 2 jam.
ReplyDeletesaya pernah kena gastrik, dan saya berjaya puasa walaupun gastrik...saya bgtau kat atas tu pun based dr penerangan doktor...and ada mention gak, kalau terlalu memudaratkan, dan atas saranan doktor kata tak perlu puasa, tak perlu la puasa...
Deleteskrg ramai yg guna alasan gastrik bila tak puasa, padahal tak gastrik pun...pd yg gastrik tahap serius and mmg doktor sdri ckp x perlu puasa, tak pe lah...Islam tak membebankan umatnya...
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete