Stress Boleh Menyebabkan Gastrik, Ketahui Punca Gastrik Yang Lain

punca gastrik

Saya tidak pernah mengalami gastrik, hanya selalu dengar dari rakan-rakan je. Pada tahun 2011, saya tiba-tiba diserang sakit perut yang amat sangat. Mencucuk-cucuk rasanya. Nak kata masuk angin, saya baru je lepas makan tengahari. Sebab tak tahan sangat, saya ambik pil pain killer yang husband saya dapat masa dia sakit gigi dulu. Lepas tu, sakit saya makin menjadi-jadi, saya menggigil-gigil. Ya Allah, takut dengan keadaan saya yang makin teruk, husband terus bawak ke hospital. Terpaksalah ditahan sekejap di wad kecemasan, kena masuk air.


Doktor sahkan saya menghidap gastrik, dan pil pain kiler tadi menyebabkan saya semakin sakit sampai menggigil. Mungkin badan saya tak boleh terima pil tahan sakit tu. Ada tindakbalas negatif. So, jangan sebarangan makan pain killer ye.

Macam mana saya boleh kena gastrik? Saya takde sejarah gastrik, waktu makan saya makan. Doktor cakap kemungkinan stress kerja turut boleh menyumbang kepada sakit gastrik. Selepas kejadian tu, Alhamdulillah, saya tak pernah kena gastrik lagi. Kena berhati-hati lah, sebab gastrik boleh menyerang sesiapa saja.


Apa Itu Gastrik


Terbahagi kepada dua jenis:

1.       Gastritis – keradangan lapisan mukosa yang melapik dinding perut

2.       Ulser perut atau peptic pada lapisan sel yang lebih dalam

Secara semulajadi, sel perut kita menghasilkan asid hidroklorik yang mempunyai ph 1 hingga 2, yang berfungsi untuk pencernaan makanan. Sel perut menghasilkan lapisan mukosa sebagai pelindung daripada kesan asid hidrolorik yang sangat kuat ini. Kalau nak tahu, asid hidroklorik ni kalau terkena tangan boleh menyebabkan kulit terhakis.

Asid hidroklorik (jus usus) akan dirembeskan apabila terdapat makanan untuk memulakan proses pencernaan. Gastrik terjadi apabila tiada keseimbangan di antara kuantiti rembesan asid dengan kekuatan lapisan mukosa. Jika lapisan mukosa tersangat lemah, ulser boleh berlaku kerana asid hidroklorik sampai ke sel dan menyebabkan keradangan.


Faktor Penyebab Gastrik


  • Makanan dan minuman yang boleh menyebabkan atau merangsang penghasilan jus usus untuk dirembeskan dengan banyak, seperti kafein, minuman berkarbonat, makanan pedas, berlemak, kari dan alcohol.
  • Pengambilan ubat tahan sakit yang kerap dalam tempoh masa yang lama, termasuklah aspirin.
  • Asap rokok boleh memberi kesan negatif dan mencederakan lapisan mukosa.
  • Jangkitan bakteria Helikobakter pilori (H pilori) yang berupaya melemahkan lapisan mukosa.
  • Tekanan kerja atau stress yang melampau, termasuklah tekanan peribadi dan sosial.


Rawatan Gastrik


Doktor akan memberikan ubat gastrik terutama ubat yang boleh mengurangkan rembesan jus usus, selain daripada ubat yang boleh meneutralkan jus usus yang sedia ada dalam perut.


Pencegahan

  • Amalkan gaya hidup yang sihat dengan mengurangkan atau berhenti merokok.
  • Tidak mengambil minuman beralkohol dan berkarbonat.
  • Hindari stress yang melampau.
  • Kurangkan makanan yang berempah dan pedas.
  • Minum air kosong dengan banyak.
  • Jaga waktu makan, elakkan makan lambat atau biarkan perut kosong terlalu lama.


Selain daripada rawatan dan pencegahan di atas, kita turut ada alternatif lain iaitu melalui pengambilan supplement. Supplement dapat membantu untuk membetulkan fungsi tubuh badan kita yang banyak terjejas dan terganggu akibat gaya hidup kita yang tidak sihat selama ini, dan menampung kekurangan zat dan nutrisi di dalam badan.

Yang paling laris sekali untuk gastrik semestinya ESP!!

punca gastrik

punca gastrik

punca gastrik


Bagaimana ESP Shaklee membantu pesakit gastrik?



ESP membantu sel-sel dinding perut untuk pulih lebih cepat, dan mengurangkan rasa pedih. Jika jadual seharian kita tersangatlah sibuk, sampai nak makan pun tak sempat, bancuh segelas ESP untuk mengalas perut. ESP membekalkan sumber protein dan asid amino penting yang diperlukan oleh badan.

Tak percaya? Baca pengakuan mereka yang menghidap gastrik sekian lama, tapi sejak amalkan ESP, gastrik dah tak menyerang lagi ;)

punca gastrik

punca gastrik

punca gastrik

punca gastrik

punca gastrik

punca gastrik

Kalau dah tak sanggup menderita sakit gastrik lama-lama lagi, dan hanya bergantung pada ubat klinik, sekarang lah masanya untuk mencuba ESP yang sememangnya terbukti selamat, berkesan, dan dapat membantu kita memperbaiki taraf kesihatan. 

Bulan depan dah ada GST tau. So kalau nak jimat, jangan berlengah lagi. Cepat dapatkan ESP anda sekarang!!!


Stay Healthy.Be Gorgeous...mel
SMS/Whatsapp 019-3058619 / amelza02@yahoo.com

Comments