Risiko Anemia Pada Ibu Hamil, Boleh Membawa Maut

Anemia pada ibu hamil kerap berlaku. Masalah anemia atau kekurangan sel darah merah sering membuatkan ibu hamil runsing dan susah hati. Ia bukan sahaja boleh membahayakan bayi yang di dalam kandungan, malah turut boleh membawa maut kepada si ibu. Kekurangan sel darah merah adalah disebabkan tidak mendapat zat besi secukupnya.

Zat besi adalah komponen utama dalam sel darah merah yang menghantar oksigen ke seluruh badan untuk memastikan kelangsungan hidup. - See more at: http://www2.hmetro.com.my/articles/Bahayakekuranganzatbesi/Article/#sthash.MoyFjXee.dpuf
Zat besi adalah komponen utama dalam sel darah merah yang menghantar oksigen ke seluruh badan untuk memastikan kelangsungan hidup.
Zat besi adalah komponen utama dalam sel darah merah yang menghantar oksigen ke seluruh badan untuk memastikan kelangsungan hidup. - See more at: http://www2.hmetro.com.my/articles/Bahayakekuranganzatbesi/Article/#sthash.MoyFjXee.dpufbe
Zat besi adalah komponen utama dalam sel darah merah yang menghantar oksigen ke seluruh badan untuk memastikan kelangsungan hidup. - See more at: http://www2.hmetro.com.my/articles/Bahayakekuranganzatbesi/Article/#sthash.MoyFjXee.dpufZ
Zat besi adalah komponen utama dalam sel darah merah yang menghantar oksigen ke seluruh badan untuk memastikan kelangsungan hidup. - See more at: http://www2.hmetro.com.my/articles/Bahayakekuranganzatbesi/Article/#sthash.MoyFjXee.dpuf

anemia pada ibu hamil

Sebenarnya, sebelum kita membuat keputusan untuk hamil, kita kena memastikan pengambilan zat besi adalah lebih dari mencukupi untuk memastikan kita tidak mendapat anemia ketika hamil nanti. Tetapi kebanyakan daripada kita tidak menitikberatkan mengenai pengambilan zat besi dari awal sehinggalah mengandung. Kepentingan zat besi semakin bertambah setelah melahirkan anak dan sepanjang tempoh menyusukan anak.


kekurangan zat besi dalam badan berpunca daripada diet yang tidak cukup zat besi, penyerapan rendah oleh badan, kesan sampingan ubat tertentu, keadaan genetik, kehilangan darah teruk dan kehamilan. - See more at: http://www2.hmetro.com.my/articles/Bahayakekuranganzatbesi/Article/#sthash.SLl8mNIG.dpuf
kekurangan zat besi dalam badan berpunca daripada diet yang tidak cukup zat besi, penyerapan rendah oleh badan, kesan sampingan ubat tertentu, keadaan genetik, kehilangan darah teruk dan kehamilan. - See more at: http://www2.hmetro.com.my/articles/Bahayakekuranganzatbesi/Article/#sthash.SLl8mNIG.dpuf
Melalui ujian darah ketika pemeriksaan kehamilan di klinik atau hospital, doktor boleh mengesan jika anda menghidap anemia atau tidak. Semak paras hemoglobin dalam darah (kepekatan darah) berikut;

1)  Hb 11 g/dl : Normal
2)  Hb 9-10 g/dl : Anemia ringan
3)  Hb 7 – 8 g/dl : Anemia sederhana
4)  Hb < 7 g/dl : Anemia tahap teruk


Tanda-tanda anda mengalami anemia

  • Selalu keletihan dan sesak nafas
  • Jantung berdegup laju
  • Sakit kepala
  • Telinga berdengung
  • Kelopak mata, kuku, tapak tangan, lidah, bibir dan kulit kelihatan pucat

Risiko anemia

  • keguguran
  • kelainan conginetal
  • bayi pramatang
  • pendarahan ketika kehamilan
  • kecacatan fizikal pada bayi
  • kematian bayi di dalam kandungan
  • kegagalan jantung berfungsi lalu menyebabkan kematian si ibu
  • anemia yang berterusan sehingga selepas bersalin

Cara untuk menambah bekalan zat besi dalam badan adalah dengan meningkatkan pengambilan makanan yang kaya dengan zat besi seperti ayam, sayur berdaun hijau, kekacang, hati, bijirin penuh, buah-buahan kering seperti prun dan kismis, kekacang, tembikai, labu, bijan, dan tauhu.

Dalam kebanyakan kes, doktor akan menyarankan pemgambilan pil zat besi tambahan untuk merawat anemia. Pilih pil zat besi tambahan yang sesuai untuk mengurangkan risiko kesan sampingan seperti rencatan dan sembelit.

Untuk memastikan keberkesanan terapi zat besi, kita perlulah

  • mengambil zat besi, folat, kuprum, dan zinc tambahan bersama makanan untuk mengurangkan kesan rencatan
  • mengambil bersama vitamin C tambahan untuk meningkatkan penyerapan zat besi
  • mengelakkan kafein (teh dan kopi) kerana ia akan mengurangkan penyerapan zat besi jika diambil 1-2 jam sebelum pengambilan zat besi tambahan
  • mengasingkan pengambilan kalsium tambahan, sebaiknya kalsium diambil sebelum tidur, untuk mengurangkan rencatan kepada penyerapan zat besi

Seorang ibu hamil ini pernah mengalami anemia dengan Hb 8.7g/dl pada minggu ke 17. Alhamdulillah, dengan pengambilan pil zat besi tambahan yang bagus, dia berjaya menaikkan paras hemoglobin sehingga ke paras normal 11.2 g/dl dalam masa 2 minggu sahaja. Nak tahu rahsia beliau? Tonton video di bawah ini ye ;)



Kita kena memastikan sel darah merah yang mencukupi sepanjang kehamilan, dan sebaiknya dilakukan sebelum kita mengandung lagi. Jangan pandang enteng masalah anemia pada ibu hamil ini. Kalau tak nak kena duduk hospital dan dilakukan pemindahan darah ketika mengandung akibat kes anemia yang teruk, cepat-cepatlah bertindak. Jaga pemakanan dan kesihatan kita sedari awal!!

Nak jadi seperti kakak di dalam video tu? Kehamilan dia yang seterusnya langsung takde masalah anemia setelah mengambil pil zat besi tambahan yang TERBAIK sejak kes anemia beliau masa kehamilan yang terdahulu. Saya boleh bantu dan guide anda untuk memastikan pengalaman kehamilan yang indah dan best dalam hidup anda.

InsyaAllah, sama-sama kita berusaha ;)


Stay Healthy.Be Gorgeous...mel
SMS/Whatsapp 019-3058619 / amelza02@yahoo.com

Comments