Akhirnya MH370 Di Isytihar Kemalangan, Salam Takziah

Assalamualaikum...

MH370

Semalam telah berlangsung sidang media mengenai tragedi dan misteri pesawat MH370 oleh Jabatan Penerbangan Awam (DCA). Akhirnya pesawat MH370 diisytiharkan kemalangan setelah 10 bulan insiden kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) tersebut gagal dikesan.


Kerajaan Malaysia akan tetap meneruskan usaha untuk mendapatkan jawapan dan kesimpulan kepada tragedi ini, dengan kerjasama dan bantuan dari kerajaan China dan Australia.

Sehingga kini pencarian dasar masih diteruskan di mana sedang dijalankan oleh empat buah kapal iaitu Go Phoenix, Fugro Discovery, Fugro Equator dan Fugro Supporter, melibatkan kawasan seluas 18,600 kilometer persegi.

Ia adalah berdasarkan analisis bahawa pesawat tersebut telah kehabisan minyak dan berakhir di selatan Lautan Hindi.

MH370

Kerajaan Malaysia akan tetap melaksanakan tanggungjawabnya berhubung hak-hak serta kepentingan waris penumpang dan anak kapal MH370, termasuk pampasan sama ada melalui konsultansi atau undang-undang.

Pihak MAS bersedia untuk meneruskan proses pampasan serta merta, dengan mengambil kira kesediaan pihak waris untuk meneruskan langkah itu.

Satu seksyen khas bagi waris pesawat juga telah dibuat di laman web rasmi MH370 iaitu http://www.mh370.gov.my yang turut memuatkan maklumat tentang pencarian, penyiasatan, pampasan, respon tentang soalan waris dan juga borang bantuan untuk waris.

Sumber: http://m.www.astroawani.com/berita-malaysia/dca-isytihar-kehilangan-pesawat-mh370-satu-kemalangan-53044

Kenyataan rasmi dari JAKIM


MH370

MH370


Salam Takziah buat keluarga mangsa tragedi MH370...al-fatihah

MH370


Stay Healthy.Be Gorgeous...mel
SMS/Whatsapp 019-3058619 / amelza02@yahoo.com

Comments