10 Saluran Derma Banjir 2014, Bersama Kita Membantu

Assalamualaikum...

Negara kita sedang menghadapi musibah hujung tahun yang sangat dashyat pada tahun 2014 ini. Banjir yang melanda negeri-negeri di Malaysia mencatatkan yang terburuk setakat ini. Kelantan yang paling terjejas teruk. Terengganu, Perak, Pahang, Johor pun turut mengalami banjir teruk. Mangsa banjir dilaporkan semakin meningkat setiap hari. Kelantan sudah mulai surut, tapi di Perak dan Pahang semakin teruk. Bersama-samalah kita berdoa semoga banjir yang melanda negara kita cepat surut di kesemua negeri.

Kampung saya di Kg Gajah, Perak turut tersenarai sebagai kawasan banjir. Rumah mak tak masuk air lagi, tapi rumah-rumah lain dah masuk air. Mujurlah rumah mak tinggi sikit dari rumah-rumah yang lain, so air pun tak sampai lagi. Semoga keadaan tidak bertambah teruk.

Kepada mereka yang bernasib baik, apa yang boleh kita lakukan? Mari berikan sedikit sumbangan kepada mangsa banjir, bantulah setakat yang terdaya. Hari ini hari mereka, mana tahu esok lusa kita dilanda kesusahan, ada insan yang baik hati membantu kita. Bersama kita meringankan beban mangsa-mangsa banjir ini.


Antara saluran derma yang boleh kita pilih untuk sumbangkan bantuan


Muslim Care Malaysia Society

derma banjir 2014


MERCY Malaysia

derma banjir 2014


Tune Talk Tabung Kemanusian Komunikasi & Multimedia Malaysia

derma banjir 2014


Tabung Bencana NSTP/Media Prima

derma banjir 2014

Bantuan Mangsa Banjir Aman Palestin

derma banjir 2014


The Telekung Project

derma banjir 2014


Selain itu, geng-geng Shaklee turut sama mengambil inisiatif untuk mengumpul bantuan bagi membantu mangsa-mangsa banjir ini.

derma banjir 2014


derma banjir 2014


derma banjir 2014


derma banjir 2014


Pilihlah mana-mana saluran, sumbanglah seikhlas hati. Semoga niat murni kita untuk membantu mangsa-mangsa banjir ini akan mendapat keberkatan dari Allah, dan dipermudahkan segala urusan. Amin...

"Tangan yang memberi adalah lebih baik dari tangan yang menerima..."



Stay Healthy.Be Gorgeous...mel
SMS/Whatsapp 019-3058619 / amelza02@yahoo.com

Comments