Pantang larang vitamin Shaklee

Selama ini pernah terfikir tak yang nak makan supplement atau vitamin pun ada pantang larang jugak? Kena ikut pantang larang ni. Ala...lecehnya, ada pantang larang pula. Telan jelah, tak payah nak pantang pantang...hehe. Meh sini saya nak bagi tahu.
image
Pantang larang ni bukannya untuk menyusahkan kita, tapi untuk memastikan keberkesanan supplement yang kita ambil. Kalau tak berkesan nanti kita juga yang rugi, marah pula produk ni sebab tak ada apa-apa perubahan pun berlaku pada kita. Jangan risau, bukannya pantang larang yang pelik-pelik pun macam kena makan masa bulan mengambang ke, tak boleh langkah longkang kalau dah amalkan collagen, kena makan dengan sudu emas ke, hehehe...mengarut kan. Setiap pantang larang dalam pengambilan supplement Shaklee adalah disokong dengan bukti-bukti saintifik dan logik akal.

Apa pantang larangnya ni?

Vitalea vs Ostematrix, ESP, dan sebarang produk tenusu
- Di dalam vitalea ada iron (zat besi). Kalsium akan mengganggu penyerapan iron oleh badan. Sebab itu Vitalea tidak boleh dimakan serentak dengan Ostematrix, ESP, susu atau apa-apa produk yang mengandungi kalsium. Perlu ada jarak pengambilan antara kedua-dua supplement ini.

Alfalfa Complex, Vitalea vs Vita-E Complex, GLA Complex
- Pengambilan alfalfa dan vitamin e secara serentak akan menyebabkan salah satu komponen tidak dapat berkesan dengan baik ataupun tidak efektif. Vitalea mengandungi sedikit alfalfa, manakala GLA turut mengandungi sedikit vitamin e di dalamnya. Maka perlu dijarakkan pengambilan kedua-dua jenis vitamin ini.

Sustained Release Vita-C & Vitalea
- Penyerapan zat besi akan berlaku dengan lebih baik apabila adanya kehadiran vitamin c. Oleh itu, vitalea digalakkan diambil bersama-sama dengan vita-c untuk mengoptimumkan penyerapan zat besi yang terkandung di dalam vitalea.

Zinc Complex
- Disarankan pengambilan zinc ketika perut kosong atau sebelum makan. Zinc akan bertindak dengan lebih baik ketika perut kosong kerana asid di dalam perut akan membantu penyerapan zinc oleh badan kita. Selain itu, bahan yang kita makan seperti susu, roti atau bijirin lain mengandungi satu bahan yang dipanggil phytates. Phytates ini akan mengikat zinc yang kita ambil di mana ianya akan mengganggu proses penyerapan zinc tersebut.

Pantang larang paling penting!

Kita perlu minum air kosong dengan banyak, paling kurang 3 liter sehari. Wah...banyaknya, nanti asyik ke tandas je. Ha, baguslah macam tu, toksin dalam badan dapat disingkirkan, proses perkumuhan berjalan dengan lancar. InsyaAllah kita akan jadi lebih sihat.
image
Supplement Shaklee akan membuang toksin di dalam badan kita, oleh itu air akan memudahkan proses pembuangan toksin ini. Jika tidak, kita akan mengalami healing crisis yang teruk. Apa itu healing crisis ada dalam entry saya yang lepas, boleh klik di sini. Selain itu, pengambilan air kosong yang banyak juga penting untuk memastikan keberkesanan supplement yang kita ambil, dan memastikan ia dapat bertindak dengan lebih efektif.

Kembunglah perut minum 3 liter air

Hehe...kalau minum 3 liter air kosong sekaligus memanglah kembung perut dibuatnya. Kita boleh bahagikan masa dan jumlah pengambilan air dalam sehari. Sebagai contoh;

* 250ml = 1 gelas air ketika bangun tidur
* 250ml air sebelum ke office
* 1L air sebelum lunch (dari selepas breakfast sehingga ke tengahari)
* 1L air selepas lunch (dari pukul 2ptg sehingga 6ptg)
* 250ml air selepas dinner
* 250ml air sebelum tidur
Total = 3L air sehari!!! Senangkan...Sediakan botol air besar yang isipadunya 1 liter di office, senang nak sukat air yang kita minum.

Sekarang dah faham apa pantang larang supplement Shaklee? Mudah je kan, tak lah teruk mana pun...hehe. Jika ada yang tak faham lagi, jangan segan-segan nak tanya saya. Setiap customer saya memang akan saya sediakan jadual pengambilan vitamin beserta tips-tips sekali. Special gitu...ahaks...

Stay Healthy.Be Gorgeous...mel
SMS/Whatsapp 019-3058619 / amelza02@yahoo.com

Comments